Home All Doa Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama!

Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama!

3008
0
Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama!

Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama! | Membaca doa Arafah disunatkan juga kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia walaupun kita tidak berada di Padang Arafah.

Oleh itu, bersamalah kita berdoa di Hari Arafah meminta pada Allah bersungguh-sungguh agar diampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang Islam.

Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf,  umat Islam selain berdoa pada Hari Arafah, boleh juga melakukan puasa sunat di Malaysia pada hari Khamis, 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.

Ini berdasarkan kepada Kalendar Islam di Malaysia untuk tarikh penting 2020M/ 1441H, tarikh 1 Zulhijjah adalah pada 22 Julai 2020, maka Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, adalah pada 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.

𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐝𝐨𝐚 di Hari Arafah 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐨𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐖𝐓?

Min kongsikan beberapa doa yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai doa di hari Arafah sedia ada. Doakan kebaikan kita semua juga ya.

1. Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.

14. Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.

15. Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.

16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

Hari Arafah

BACA JUGA: Hari Yang Sunat, Makruh dan Haram Berpuasa

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.

20. Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama! 1

27. Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32. Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.

33 . Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Amin Ya Rabbal’ Alamin.

Semoga doa di Hari Arafah kita dimakbulkan Allah.

Sumber : Sahabat Pencinta al-Quran. 

Sebaik-baik Doa Di Hari Arafah, Jadikan List Doa Ni Sebagai Pilihan Utama! 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here