Home All Isu Semasa Lazada Bantu Petani Terjejas, Sayur Cameron Highlands Dijual ‘Online’ Mulai Hari Ini

Lazada Bantu Petani Terjejas, Sayur Cameron Highlands Dijual ‘Online’ Mulai Hari Ini

2277
2
Sayur Cameron Highlands

Lazada Bantu Petani Terjejas, Sayur Cameron Highlands Dijual ‘Online’ Mulai Hari Ini | Beberapa hari lalu, para petani di Cameron Highlands menghadapi dugaan berat setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Rantaian bekalan makanan atau bahan mentah serta sayur-sayuran terganggu disebabkan pergerakan penghantaran dan waktu perniagaan yang terhad.

Beberapa hari lalu, para petani di Cameron Highlands menghadapi dugaan berat setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Rantaian bekalan makanan atau bahan mentah serta sayur-sayuran terganggu disebabkan pergerakan penghantaran dan waktu perniagaan yang terhad.

Sayur Cameron Highlands

Disebabkan usaha untuk membasmi wabak Covid-19 dengan PKP, petani di lokasi tersebut terpaksa membuang beratusan tan sayur-sayuran sekaligus menyebabkan pembaziran makanan.

Sayur Cameron Highlands Boleh Di Beli Secara Online

Namun, masih ada pihak yang ingin membantu nasib petani ini. Kini, rakyat Malaysia tidak perlu risau kerana mereka boleh membeli sayur Cameron Highlands di Lazada.

Seorang pengguna di Twitter bernama Victor Liew berkongsi dimana pihak Lazada berjaya mengenalpasti teknologi dan logistik disebalik inisiatif ini supaya mereka dapat membantu memastikan sayur Cameron Highlands tersebut dapat dijual ke pasaran.

Menurut laman web Lazada, pelanggan boleh membeli terus daripada petani terbabit bermula dari 30 Mac dan sayur-sayuran tersebut telah dibahagikan kepada beberapa kotak.

Web tersebut juga menyatakan bahawa pesanan boleh dibuat sebelum pukul 12 tengahari dan dihantar kepada pelanggan pada pukul 3 petang hingga 8 malam pada keesokan harinya.

Sumber: World of Buzz

Baca Selanjutnya

Lazada Bantu Petani Terjejas, Sayur Cameron Highlands Dijual ‘Online’ Mulai Hari Ini 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here