Home All Isu Semasa Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara, Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih...

Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara, Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih Di Malam Pertama Ramadan

4184
0
Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara, Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih Di Malam Pertama Ramadan

Dalam keadaan negara sedang ‘berjuang’ untuk melawan wabak pandemik Covid-19, Imam jemputan Masjid Negara, Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani mengimamkan solat terawih bersama beberapa tenaga kerja masjid tersebut.

Masjid ini yang menjadi tumpuan malam pertama tarawih pada setiap tahun sepi sama seperti masjid-masjid di seluruh Malaysia kerana untuk memastikan tidak wujud kluster baru.

Walaubagaimanapun, jelas menunjukkan mereka masih mengekalkan arahan kerajaan untuk menjaga jarak sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Masjid Negara
Imam Jemputan Masjid Negara, Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani mengimamkan solat tarawih berjemaah bersama warga kerja masjid berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 susulan penularan wabak Covid-19 di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI

Sayu kedengaran suara imam mengalunkan surah suci Al-Quran ketika menunaikan solat sunat terawih pada malam pertama di bulan Ramadan.

(((LIVE))) Solat Sunat Tarawih dari Masjid Negara( Malam Pertama)Dipimpin oleh Imam Tarawih Jemputan:🔸 YBhg. Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani al-Hafiz(Surah Al Baqarah ayat 1 – 69)Muazzin bertugas:YBhg. Ustaz Muhamed Shukri bin Che Soh📆 Tarikh : 23 April 2020 (Khamis)🕌 Tempat: Masjid Negara Malaysia #Masjid Negara Malaysia#Sahabat Kuliah Masjid Negara#Bahagian Dakwah, Jakim#JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia#KuliahDiRumah#SolatDiRumah#Ramadhan ⏮️Instagram⏭️https://www.instagram.com/masjidnegaramalaysia

Posted by Masjid Negara Malaysia on Thursday, April 23, 2020

Semoga Ramadan kali ini memberi rahmat yang besar untuk kita semua dan wabak Covid-19 dapat ditangani dengan baik.

Diharap ahli kariah di mana-mana Masjid di seluruh Malaysia dapat bersabar dan berusaha mengimarahkan rumah sendiri dengan beribadah di rumah sendiri bersama ahli keluarga.

Sumber: Masjid Negara

BACA: Tiada Solat Tarawih Di Masjid Tahun Ini, Ini Panduan Buat Tarawih Di Rumah

Baca Selanjutnya

Sayu Bacaan Imam Di Masjid Negara, Hanya 5 Orang Tunai Solat Tarawih Di Malam Pertama Ramadan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here