Ramai Orang Kata Sayang Ibu Bapa, Tapi Sebenarnya Tak Sayang

0
17250

Mesti ramai yang sudah kehilangan ibu bapa, mereka sudah kembali ke alam hakiki meninggalkan anak-anak yang mereka kasihi dan sayangi.

Seminggu pertama selepas kehilangan mereka, ramai anak-anak masih bersedih dan meratap kehilangan tersebut. Tidak kurang yang mengambil cuti panjang untuk menguruskan urusan dunia yang ibu bapa telah tinggalkan untuk mereka.

Tidak kurang juga yang lebih tertumpu kepada harta yang ibu bapa telah tinggalkankan, paling malang bila berlaku pergaduhan untuk mendapatkan hak masing-masing sebagai anak yang telah ditinggalkan.

Hakikat sebenarnya, berapa banyak kasih sayang kita untuk arwah ibu bapa adakah cukup setakat ketika mereka masih hidup hingga menghantar mereka ke liang lahad? Ramai anak-anak yang cakap mereka sayang pada ibu bapa tetapi sebenarnya tidak.

sayang ibu bapa

Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang IBUBAPA KITA perlukan, antaranya ialah :

  1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
  2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
  3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
  4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.
  5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”

Ingatlah… hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Wallahu a’lam…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here