Home All Isu Semasa Saya Hanya Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Pula Pekerja Ladang Sawit, Beli...

Saya Hanya Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Pula Pekerja Ladang Sawit, Beli Telefon Pun Secara Hutang

3628
0
Saya Hanya Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Pula Pekerja Ladang Sawit, Beli Telefon Pun Secara Hutang

Saya Hanya Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Pula Pekerja Ladang Sawit, Beli Telefon Pun Secara Hutang | Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana secara tiba-tiba begitu ramai pengguna melanggan saluran di youtube kami, sedangkan kami sangat sangat laa baru, masih banyak lagi kekurangan didalam kandungan klip video itu yang perlu kami perbaiki, kata S Pavithra 28.

Terdahulu, Pavithra dan suami, M Sugu, 29, pernah tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas klip video masakan yang telah dikongsi dengan menerusi saluran Youtube mereka mendapat perhatian oleh warga maya.

Pavithra berkata, dia dan suami mula berjinak-jinak sebagai Youtuber sejak dari Januari lalu selepas mendapat saranan daripada rakan baik yang juga seorang YouTuber untuk menghasilkan serta memuat naik vide0 masakan di laman berkenaan.

suri rumah

Selain kepelbagaian menu yang disediakan termasuk masakan India, penggunaan bahasa Melayu oleh Pavithra dalam semua klip vide0 nyata berjaya menambat hati rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan peringkat umur untuk terus melanggan saluran pasangan suami isteri itu yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’.

Dengan menu pertama yang telah dikongsi oleh mereka adalah ikan talapia bakar dan Pavithra berkata, dia dan suami menunjukkan tutorial memasak menggunakan bahasa Melayu.

Amat jelas sekali suri rumah dan merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini, mereka sendiri pun terkejut apabila jumlah pelanggan saluran mereka meningkat secara mendadak sehingga 10,000k dalam tempoh sebulan saluran berkenaan diwujudkan.

Gemar memasak dan fasih bahasa Melayu

“Pada peringkat awal, rakan baik saya turut mempromosikan saluran kami di salurannya jadi mungkin juga itu antara faktor video kami ditonton lebih ramai pelayar sehingga jumlah pelanggan juga naik mendadak.”

Susulan daripada itu, pasangan ini telah menerima emel daripada YouTube untuk menjadi Rakan Youtube sekali gus membolehkan mereka memperoleh pendapatan sampingan bulanan dengan bayaran mengikut dolar Amerika Syarikat (AS).

BACA: Inilah 8 Petua Tentang Ikan Yang Wajib Surirumah Tahu Supaya Mudah Kerja Memasak

“Saya dan suami memang gemar memasak jadi kami tiada idea yang lebih baik untuk dijadikan kandungan utama saluran YouTube kami selain berkongsi resipi dan tutorial masakan.”

“Walaupun saya berbangsa India, saya ambil inisiatif untuk hasilkan video dalam bahasa Melayu berbanding Tamil supaya ia dapat difahami lebih ramai penonton di negara ini,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita dgn lebih lanjut, Pavithra menjelaskan, jika orang lain mempunyai perkakasan dapur yang canggih, tidak pula bagi mereka yang hanya mempunyai perkakasan asas di dapur.

“Bukan nya orang senang”

Sejujurnya, kami bukanlah orang senang. Saya hanya suri rumah sepenuh masa manakala suami pekerja ladang kelapa sawit dan kami tinggal di kuarters yang disediakan majikan suami.

Berbekalkan dua periuk termasuk periuk untuk memasak nasi selain kuali dan sudip, kandungan video dihasilkan menggunakan telefon pintar yang dibeli secara hutang untuk tujuan perkongsian video terbabit.

Rakaman juga menurutnya dibuat selepas suami pulang dari kerja atau pada hari cuti.

“Sebab itu, perkakasan yang digunakan untuk kandungan video hanyalah periuk, kuali dan sudip biasa, barang sedia ada di rumah yang kami gunakan setiap hari, tiada pun peralatan canggih.”

“Kami juga tiada tripod (kaki tiga) jadi untuk menstabilkan telefon ketika rakaman, kami hanya letakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh.”

“Memandangkan suami agak pemalu sedikit, saya lebih banyak bercakap khususnya ketika kenalkan bahan-bahan dan cara-cara namun proses suntingan klip video dilakukan bersama selepas makan,” katanya.”

Saya Hanya Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Pula Pekerja Ladang Sawit, Beli Telefon Pun Secara Hutang 1

“Saya menerima pelbagai perkakasan seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan) dan ketuhar yang tidak pernah saya gunakan apa lagi miliki seumur hidup saya.”

“Tidak kurang juga pengikut yang menghantar bahan mentah serta rempah ratus untuk saya gunakan dalam penghasilan video.”

BACA: Kongsi Video Masakan, Suri Rumah Jadi Youtuber Kesukaan Ramai Raih Ribuan Tontonan

Dalam pada itu, Pavithra turut menzahirkan terima kasih kepada pelanggan salurannya yang menghadiahkan mereka dengan pelbagai peralatan dapur.

“Saya juga sangat berterima kasih kepada keluarga, jiran, rakan dan pelanggan yang sentiasa memberikan idea mengenai menu masakan seterusnya untuk saya hasilkan dalam video,” jelasnya lagi.

Boleh dikatakan sehingga jam 8 malam ini, jumlah pelanggan saluran Sugu Pavithra di laman Youtube sudah pun mencecah 217,000k pelanggan.

Lihat rakaman masakan suri rumah sepenuh masa ini:

Saya Hanya Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Pula Pekerja Ladang Sawit, Beli Telefon Pun Secara Hutang 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here