Satu Keluarga Pilih Masuk Islam, Ibarat Bayi Baru Lahir.

0
2667
masuk islam

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya seorang individu yang memperoleh Hidayah untuk masuk Islam, mereka pasti akan memilih bergelar ‘saudara baru’ seorang diri.

Tetapi lain pula bagi keluarga Muhammad Khalid Marcus Wong, apabila dia memilih untuk memeluk Islam serentak bersama isteri dan tiga anaknya pada 17 September lalu.

Perkara itu dikongsi seorang pengguna Facebook, Amir Ng yang memuat naik beberapa posting ketika Muhammad Khalid sekeluarga mengucap dua kalimah syahadah di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.

CARA MASUK ISLAM YANG RAMAI ORANG BANGSA CINA KELIRU

“Apabila seseorang memeluk Islam, mereka yang bukan Islam beranggapan bahawa anda sudah menjadi Melayu. Oleh kerana menjadi Muslim sangat dikaitkan dengan menjadi Melayu, jadi kawan-kawan saya berasa kehairanan, mereka fikir saya akan menjadi Melayu, mengikuti budaya Melayu.”

Begitulah pengakuan seorang tokoh korporat wanita, Saralyn Hor yang menerima Islam. Apakah benar apabila seseorang akan menjadi Melayu apabila menerima Islam sebagai agamanya?

Disebabkan majoriti beragama Islam di Malaysia adalah orang Melayu, maka masyarakat bukan Islam melihat kaitan dan hubungan Islam itu dengan Melayu.

Islam dipraktikkan mengikut acuan tempatan iaitu budaya Melayu. Bagaimana pula bangsa lain yang menerima Islam?

Apakah mereka juga perlu mengikut budaya sama seperti orang Melayu Islam? Salah satu halangan utama dalam menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat Cina bukan Islam adalah memberitahu mereka bahawa seseorang Cina Muslim tidak mengubah budaya mereka dan menjadi orang Melayu (Mhd Omar & Syed Ismail al-Qudsy, 2016)

Oleh yang demikian, mengekalkan budaya Cina penting bagi masyarakat Cina Muslim dalam menyampaikan mesej Islam.

Pada umumnya, masyarakat Cina di Malaysia melihat budaya Islam sebagai budaya orang Melayu. Mereka menganggap Islam itu asing dan menjadi ancaman kepada budaya mereka.

Oleh kerana identiti Melayu dan identiti Islam membayangi budaya Cina dan identiti etnik, kebanyakan orang Cina menyamakan menjadi Muslim dengan menjadi orang Melayu.

Mereka melihat apabila memeluk agama Islam sebagai mengkhianati keluarga dan bangsa dan memalukan masyarakat Cina. (Rosey Ma, 2011)

Masih ramai orang Cina yang berminat kepada Islam masih tidak bersedia untuk menerimanya kerana permasalahan yang dinyatakan itu.

Malah ramai juga yang bersyahadah tetapi tidak berani mengisytiharkan diri mereka sebagai Islam kerana pasti akan berlaku ‘peperangan besar’ dalam keluarga.

Melainkan dia mempunyai ibu atau bapa yang memahaminya. Hakikatnya, kejadian manusia seperti disebut dalam ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat itu menunjukkan kaum dan suku yang berlainan bertujuan untuk menjadi makhluk saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

Keadaan jauh lebih baik bagi masyarakat Cina Muslim di Malaysia kerana dapat menonjolkan identiti bangsa dan pada masa sama menjadi orang Islam yang baik.

Proses melafazkan dua kalimah syahadah

“Tahniah diucapkan.. Semoga Muhammad Khalid sentiasa istiqomah dan mengamal ajaran Islam jadi seorang Muslim sejati.. InsyaAllah amin,” tulisnya.

Pendaftaran pengislaman

Sama2 kita doakan mereka!


Semoga dengan perkongsian ini lebih ramai akan memahami bukanlah dengan masuk Islam tu segala hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan akan terputus. Tidak ada di dalam ajaran Islam untuk menghadkan hubungan silaturahim selepas masuk Islam. Malahan Islam amat menitik beratkan silaturahim bukan sahaja sesama Islam tetapi menjaga hubungan sesama masyarakat berbilang bangsa.Sumber : Amir Ng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here