Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat telah menarik balik perintah larangan import sarung tangan getah dari syarikat Malaysia yang sebelum ini dituduh menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan produk mereka.
Dalam satu kenyataan pada Selasa lalu, agensi itu berkata sarung tangan yang dikeluarkan oleh WRP Asia Pasicif Sdn. Bhd. telah dibenarkan untuk mengimport barangan mereka ke Amerika Syarikat semula.
Syarikat itu sebelum ini dikenakan perintah larangan pada 2019, namun diubah semula pada minggu ini dengan AS memberi alasan bahawa maklumat terbaru yang diperoleh oleh CBP menunjukkan syarikat itu tidak lagi menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan produk mereka.
— mike luckovich (@mluckovichajc) March 18, 2020
Kapasiti Tinggi Sarung Tangan Getah
WRP mempunyai keupayaan untuk menghasilkan lebih daripada 11 bilion sarung tangan setahun.
Sebelum ini, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia telah memberi amaran bahawa terdapat kekurangan sarung tangan di beberapa negara kerana permintaan yang melampau sejak wabak COVID-19 melanda dunia.
Malaysia adalah pengeluar sarung tangan perubatan terbesar di dunia. Sarung tangan getah sangat diperlukan ketika ini apabila wabak COVID-19 telah menyerang lebih 100 negara dan telah mengjangkiti lebih 300,000 orang di seluruh dunia.

[…] sahaja jika mahu haluskan tapak tangan semula, janji anda amal dan guna dengan cara yang betul. Selamat […]
[…] BACA: Amerika Syarikat Tarik Balik Pengharaman Sarung Tangan Getah Malaysia, Akibat Kekurangan Bekalan. […]