Home All Isu Semasa Sanggup Menipu Demi Bantuan Zakat, Akhirnya ‘Terkantoi’ Baki Akaun Bank Ada Puluhan...

Sanggup Menipu Demi Bantuan Zakat, Akhirnya ‘Terkantoi’ Baki Akaun Bank Ada Puluhan Ribu

14943
5
Sanggup Menipu Demi Bantuan Zakat, Akhirnya ‘Terkantoi’ Baki Akaun Bank Ada Puluhan Ribu

Sanggup Menipu Demi Bantuan Zakat, Akhirnya ‘Terkantoi’ Baki Akaun Bank Ada Puluhan Ribu | Sistem bantuan zakat adalah sistem yang wujud untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan meneruskan kehidupan.

Mereka di kalangan fakir miskin, golongan OKU dan juga yang berpendapatan rendah dan bergaji hari antara golongan yang sepatutnya di berikan keutamaan.

Namun, ada segelintir golongan yang tergamak menipu demi kepentingan sendiri, seperti didedahkan petugas pengagihan zakat sendiri, Adam Mukhriz.

Kantoi dah dapat bantuan

bantuan Zakat

Menurut Adam ini, ada pihak yang cuba menipu dengan mengatakan belum mendapat zakat dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Setelah diselidik ternyata individu berkenaan telah mendapat bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ada yang tak puas hati masa memohon bantuan. Dia kata tinggal kat Kuala Lumpur, poskod pun Kuala Lumpur. So, ni aku nak habaq, hangpa nak tau dok KL ka Selangor, hangpa check kat bil ayaq umah hangpa. Sebab siap berdebat, mengamuk, maki aku, hentam aku, bila tak dapat bantuan.

Ada lebih RM38 K dalam akaun, tapi nak minta bantuan Zakat

bantuan zakat

Tambah menyakitkan hati, ada yang terkantoi sendiri apabila terhantar screenshot baki akaun yang berjumlah lebih RM38 ribu.

Ada yang menipu, tak dapat bantuan dari LZS, dia mintak pulak kat KL, bila kita check, rupanya dah masuk dah bantuan dia rm500 dari LZS. Ada yang terkantoi sendiri, bagi akaun bank, tup tup dalam akaun bank ada cash rm38k.

Check bil api, air untuk kepastian permohonan bantuan zakat

bantuan zakat bantuan zakat

Eh saya dok Pandan Perdana KL,
saya dok Kg Pandan Dalam KL,
Saya dok Pandan Indah KL
saya dok Kg Changkat Gombak KL,
Saya dok Kg Kerdas Gombak KL
Saya dok Bukit Permai Cheras , KL
Saya dok Taman Melawati, KL
Saya dok Keramat AU3/AU4/AU5 KL
Saya dok Taman Dagang, Taman Nirwana KL

BACA: Terima Kasih Kepada Pembayar Zakat Anda Hero Kami, RM153.24 Juta Zakat Diagih Bantu Asnaf Sepanjang PKP.

Nak senang, cek bil air umah hangpa, ada kat penjuru belah kanan atas. Kat situ ada kod negeri dan akan tulis tempat kita tinggal tu Kuala Lumpur atau Selangor.

Jadi sebab tue la kita cek satu persatu permohonan bantuan zakat, sama ada dia layak atau tak. Kalau terlambat, minta maaf, kami pun manusia biasa.

Sumber: Adam Mukhriz

Baca Selanjutnya

Sanggup Menipu Demi Bantuan Zakat, Akhirnya ‘Terkantoi’ Baki Akaun Bank Ada Puluhan Ribu 1

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here