Home All Isu Semasa Demi Salurkan Bantuan Kepada Orang Asli, Cikgu Mie Sanggup Redah Hutan Guna...

Demi Salurkan Bantuan Kepada Orang Asli, Cikgu Mie Sanggup Redah Hutan Guna Kapcai!

1090
0
Demi Salurkan Bantuan Kepada Orang Asli, Cikgu Mie Sanggup Redah Hutan Guna Kapcai!

Hanya menggunakan motosikal jenama Honda kapcai, seorang guru sanggup meredah perkampungan Orang Asli sejauh sehingga 30km bagi menghulurkan bantuan keperluan asas.

Tidak kenal erti penat, Mohamad Sahaimi Zainal atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mie, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Simpai Pekan, Pahang memulakan agihan itu seminggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.

Guru Pendidikan Moral dan Seni Visual itu menggunakan gajinya membantu lebih 100 keluarga di beberapa kampung antaranya Kampung Simpai, Kampung Jenit, Kampung Lubuk Batu, Kampung Terubing, Kampung Kalon, Kampung Padang, Kampung Kelepong, Kampung Sungun dan Kampung Sawah Batu.

BACA: Banyak Lambakan Kerana PKP, Orang Asli Gembira Keledek Terjual Hingga 500kg Usaha Cikgu Tolong Viralkan!

Katanya, perkara utama yang mendorongnya membantu penduduk Orang Asli terbabit kerana nilai kemanusiaan selain menganggap keluarga anak muridnya sebagai keluarga sendiri.

Demi Salurkan Bantuan Kepada Orang Asli, Cikgu Mie Sanggup Redah Hutan Guna Kapcai! 1

“Sebagai guru saya akan berusaha membantu kerana saya tahu situasi mereka. Saya juga dibantu isteri dan anak-anak untuk membungkus barang-barang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menggunakan Kapchai Hantar Bantuan Kepada Keluarga Orang Asli

Menurutnya, dia menggunakan motosikal kerana laluan untuk menghantar barang sempit dan dikelilingi hutan belukar.

Berasal dari Kampung Ubai dan kini menetap di Kampung Kota Perdana, buat masa ini semua bantuan dilakukan sendirian kerana mahu mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Saya hanya membantu mereka yang betul-betul memerlukan dan terputus bekalan.

“Asalnya memang mahu bersedekah tetapi Alhamdulillah sekarang ramai yang menghulurkan sumbangan untuk disampaikan kepada mereka,” katanya.

orang asli

Tambahnya, dia akan ke beberapa kampung yang perlu melalui sungai dan menggunakan bot esok untuk mengagihkan bantuan.

Sebelum ini tular di laman sosial, seorang guru sanggup menggunakan motosikal kapcai untuk mengagihkan bantuan di perkampungan Orang Asli.

Baca Selanjutnya

Demi Salurkan Bantuan Kepada Orang Asli, Cikgu Mie Sanggup Redah Hutan Guna Kapcai! 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here