Home All Isu Semasa Safawi Rashid Tunaikan Hasrat Adik Berusia 10 Tahun Untuk Miliki PlayStation 4

Safawi Rashid Tunaikan Hasrat Adik Berusia 10 Tahun Untuk Miliki PlayStation 4

1639
2
Safawi Rashid Tunaikan Hasrat Adik Berusia 10 Tahun Untuk Miliki PlayStation 4

Safawi Rashid Tunaikan Hasrat Adik Berusia 10 Tahun Untuk Miliki PlayStation 4 | Bagi mereka yang ingin mencapai sesuatu pastinya mereka perlu bekerja keras bagi mendapatkannya. Itulah yang dilakukan oleh seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari Puchong ini.

Usaha tangga kejayaan.

Pada 31 Mei lalu, Sally Nur Dinie telah berkongsi di Twitter yang adiknya berhasrat untuk membeli Sony PlayStation4 (PS4) untuk dirinya sendiri dan bagaimana dia berusaha untuk mendapatkannya

Dia memberitahu bahawa Danish ‘mengidam’ untuk mendapatkan PS4 itu sejak tahun lalu dan ibu mereka telah bersetuju untuk mendapatkannya sekiranya dia mendapat keputusan peperiksaan yang baik, namun, dia tidak berjaya.

Oleh itu, ayah mereka telah memberikan idea untuk Danish membuat dan menjual jus mangga kerana ibunya mempunyai perniagaan jeruk mangga asamboi. Danish begitu teruja dengan idea itu kerana ia mampu membantunya mendapatkan PS4 dengan lebih cepat.

Safawi Rashid

Dia kini menjual setiap botol jus mangga dengan harga RM3 sebotol termasuk penghantaran percuma untuk warga Puchong dengan dibantu keluarganya.

Safawi Rashid Ingin Hadiahkan PS4

Tweet tersebut telah menarik perhatian pemain bola sepak Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid yang mengatakan bahawa dia berbesar hati untuk membelikan Danish PS4 yang diidamkannya itu.

Safawi Rashid

Dibesarkan dengan 13 orang adik beradik, Safawi Rashid menceritakan bahawa dia tidak dapat menikmati banyak kemewahan dan akan mengumpulkan duit raya setiap tahun untuk membeli apa yang dihajati.

Melihat tekad Danish, Safawi merasakan bahawa dia sangat memahami dan terpanggil untuk menunaikan impian Danish itu.

BACA: Ibu Safawi Pesan Laksanakan Impian Dulu Sebelum Fikir Soal Kahwin

Safawi Rashid Tunaikan Hasrat Adik Berusia 10 Tahun Untuk Miliki PlayStation 4 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here