Home All Keluarga Saat Masih Bujang Sangat Rugi Kalau Tidak Berbakti Pada Ibu Bapa

Saat Masih Bujang Sangat Rugi Kalau Tidak Berbakti Pada Ibu Bapa

948
0
Saat Masih Bujang Sangat Rugi Kalau Tidak Berbakti Pada Ibu Bapa

Saat Masih Bujang Sangat Rugi Kalau Tidak Berbakti Pada Ibu Bapa  | Masa bujang ini tentunya anda lebih sibuk menguruskan kehidupan anda agar lebih selesa pada masa akan datang.

Pada masa yang sama juga, tentunya anda ini sedang mencari-cari calon peneman hidup. Sampai bila nak hidup bujang, tentunya nak membina sebuah keluarga juga.

Dalam kesibukan anda dalam mencapai apa jua yang anda inginkan, jangan lupa pada saat inilah saat yang sesuai untuk anda habiskan banyak masa bersama ibu bapa anda. Ini kerana, mereka semakin menua dan semakin kurang masa mereka bersama anda. Saat-saat ini adalah saat yang lebih bermakna jika anda habiskan masa bersamanya.

Sebagai ibu bapa, mereka cukup memahami anda dan sentiasa mendoakan apa saja demi kebaikan anda.

Akan tetapi, jangan pula anda leka semasa bujang lalu melupakan ibu bapa anda demi mengejar apa yang anda inginkan.

bujang

BACA JUGA: Ini Cara Untuk Anda Mohon Skim Perumahan Belia Oleh Kerajaan. Jom Beli Rumah Pertama!

Apabila anda lupa mereka, ini yang akan anda lalui tanpa sedar.

Hidup tak tenang dalam diam

Walaupun dalam luaran nampak anda senyum bahagia dan menikmati saat ini tapi sebenarnya anda berada dalam situasi yang tidak tenang. Perasaan itu akan timbul sendiri selepas anda mengabaikan ibu bapa anda dan melupakan mereka.

Akan tak akan ada masa selepas berkahwin

Apabila ibu bapa anda semakin tau, maka semakin sedikit masa anda bersamanya. Jadi, saat bujang ini adalah waktu yang sesuai untuk anda habiskan masa bersamanya. Selepas anda mendirikan rumahtangga kelak, anda akan mula sibuk menguruskan keluarga anda malah masa bersama ibu bapa juga akan semakin terbatas kerana tanggungjawab yang lebih banyak.

Belajar segala ilmu dengan ibu bapa anda

Jika anda anak perempuan, masa inilah anda belajar bagaimana cara memasak seperti ibu anda, nanti bila anda rindu akan masakannya boleh anda masak sepertinya kelak. Jika anda anak lelaki, pada masa inilah anda ambil ilmu bagaimana menjadi ketua keluarga yang baik. Itu pentingnya saat waktu yang anda habiskan bersama mereka.

Wajah ibu bapa yang sangat menenangkan

Ramai yang tidak sedar, bila anda dalam masalah tapi melihat wajah ibu bapa ia bagai satu ketenangan buat anda. Rasa seperti tiada masalah. Nak-nak lagi jika sekarang ini anda sedang sibuk mencari jodoh, tentunya ibu bapa anda anda penawar dalam usaha mencari jodoh anda.

Anak-anak anda kelak akan lakukan perkara yang sama kepada anda

Apa yang kita lakukan sekarang ini mungkin tidak akan dapat balasan pada ketika ini, tapi siapa tahu pada masa akan datang. Jika anda memiliki anak pada masa akan datang, tentunya dia akan memperlakukan anda sama seperti anda memperlakukan ibu bapa anda.

Masa mereka dengan kita tidak banyak, jangan terlalu sibuk memadang yang belum ada tetapi hargai masa kita bersama yang telah membesarkan kita.

BACA JUGA: Tiada Orang Bujang Di Syurga! Jangan Risau Tak Jumpa Di Dunia Sebab Jodoh Dah Tunggu Di Akhirat

Saat Masih Bujang Sangat Rugi Kalau Tidak Berbakti Pada Ibu Bapa 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here