Home All Kisah Teladan Rugi 6 Angka Beli Hartanah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi.

Rugi 6 Angka Beli Hartanah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi.

1890
0
Rugi 6 Angka Beli Hartanah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi.

Saya pernah rugi enam angka kerana membeli hartanah jenis rumah banglo. Semoga perkongsian saya ini menjadi iktibar kepada orang ramai. Ketika ini, saya sedang menantikan loan pembeli rumah saya diluluskan sehingga saya baru boleh menarik nafas lega.

Kisahnya, tahun 2015 saya beli rumah impian saya bernilai RM1.36 juta di Batu Caves. Untuk pengetahuan, ini merupakan pembelian rumah kedua saya dimana saya berpeluang menerima pembiayaan sebanyak 90%. Kalau saya nak beli rumah lagi, loan ketiga dan seterusnya hanya boleh dapat 70% sahaja.

Masa itu industri hartanah tengah hot. Semua kata market nak boom! Saya tak nak ketinggalan. Ada satu teknik dipanggil compressed loan iaitu beli banyak unit sekaligus dan semua boleh dapat loan 90%. Semua ini dapat dibuat kerana bank tidak tahu itu rumah yang sama atau lain-lain bila kita submit loan kepada banyak bank sekaligus.

hartanah
GAMBAR HIASAN.

Memikirkan yang berpuluh tahun lagi baru boleh settle loan untuk dapatkan semula kuota 90%, saya pun buatlah compressed loan. Beli 3 unit rumah 1.3xx juta!

Satu daripadanya terletak di Batu Caves dan dua lagi di Puchong. Salah satunya rumah corner lot yang harganya bernilai RM1.375 juta.

Saya dah buat kajian, kaji tempat, spesifikasi rumah, background developer dan sebagainya sehinggalah saya yakin dengan pembelian saya pada ketika itu. Target saya nak flip dengan profit RM100,000 setiap satu.

Namun apakan daya, pasaran hartanah jatuh teruk. Bukan sahaja melibatkan hartanah melebihi nilai RM1 juta dan keatas, malah hartanah bernilai RM500,000 juga payah susah untuk dijual.Rugi 6 Angka Beli Hartanah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi. 1

BACA JUGA :: Apa Akan Jadi Selepas Tempoh Hartanah Leasehold Berakhir Untuk Tanah Pajakan 99 Tahun

Sejak siap pada tahun 2017, saya berusaha jual rumah ini. Agen dan prospek silih berganti sehinggalah minggu lepas terdapat prospek bayar booking.

Walau bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan harga penjualan sekitar RM1.125 juta sahaja. Rugi memang besar tetapi disebabkan sebab bayar bulan-bulan maka impaknya tidaklah terasa dengan teruk.

Pedih sangat-sangat bila berhutang ni. Income besar pun tak terasa. Saya memang dah serik nak berhutang. Now all is cash only.

Tak guna melabur pakai hutang sebab akhirnya bank yang untung. Awak pinjam duit bank pun 15 tahun terawal tu mostly bayar interest bank sahaja.

Rugi 6 Angka Beli Hartanah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi. 2SUMBER: FACEBOOK KHALID HAMID

Saya nak pegang tiga hartanah sahaja selepas ini. Sebuah yang kami duduk ketika ini dan dua lagi rumah-rumah kecil milik isteri di Puncak Alam & Bangi Sentral. Sekarang saya cuba nak jual sebuah rumah di Puchong & Selayang pula. Saya nak kurangkan hutang saya ke paras minimum.

Pengajarannya, jangan mudah percaya ramalan orang dan jangan berhutang bila nak melabur. Kawal risiko anda. Semoga bermanfaat. Kongsikan pengalaman anda sekiranya anda turut melalui situasi yang hampir sama.

BACA JUGA :: Bila Jiran Hantar Memo Bunyi Lesung, Tuan Rumah Tergelak Sebab Ini Hal Sebenarnya

Rugi 6 Angka Beli Hartanah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi. 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here