Home All Isu Semasa Rizalman Ibrahim Terharu Dan Bersyukur, Niat Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan

Rizalman Ibrahim Terharu Dan Bersyukur, Niat Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan

1000
0
Rizalman Ibrahim Terharu Dan Bersyukur, Niat Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan

Sebelum ini, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim telah menyuarakan hasrat untuk membuka pusat pengajian al-Quran dengan menamakan sebagai Yayasan Ri.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Rizalman sendiri dan berharap agar ada sesiapa yang sudi untuk bersama-samanya menghulurkan sedekah jariah bagi membuka pusat pengajian al-Quran untuk orang dewasa.

View this post on Instagram

seikhlas mungkin. . . . jaRIah

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Dapat kelulusan untuk yayasan

Berkat niat baik yang ingin dilakukannya itu, urusan tersebut telah dipermudahkan apabila Yayasan RI yang ingin ditubuhkan sudah mendapat kelulusan.

View this post on Instagram

dok menangeh nii…!!!! . . . #RIyayasan

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Sebak terima khabar gembira

Rizalman telah memuat naik surat kelulusan yang diterima di Instagram dan meluahkan rasa syukur diatas kelancaran urusannya. Di kapsyen posting tersebut, pereka fesyen itu telah mengakui berasa sebak dan ingin menangis disebabkan berasa terlalu gembira.Rizalman Ibrahim

BACA JUGA: Rizalman Umum Bersara, Pemergian Rakan Industri Seni Pada Usia Muda Jentik Keinsafan.

Tahniah Datuk

Menerusi posting Rizalman sebelum ini, beliau mahu sama-sama membantu mereka yang ingin belajar dan memperbetulkan bacaan al-Quran dan sedang berusaha mencari tempat, tenaga pengajar dan lokasi pertama adalah di Johor Bahru.

Susulan daripada perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah diatas berita gembira tersebut. Mereka juga mendoakan agar urusan Datuk Rizalman terus dipermudahkan.

Rizalman Ibrahim

Alhamdulillah syukur

Rizalman Ibrahim

Semoga urusan dipermudahkan

Rizalman Ibrahim Terharu Dan Bersyukur, Niat Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan 1

Sumber: Rizalman Ibrahim

Rizalman Ibrahim Terharu Dan Bersyukur, Niat Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here