Home All Kisah Teladan Rindu Pada Yang Tiada Adalah Rindu Yang Paling Sakit

Rindu Pada Yang Tiada Adalah Rindu Yang Paling Sakit

6334
1
rindu

Tular di Facebook yang menceritakan kerinduan seorang lelaki autisme berusia 21 tahun kepada arwah bapanya yang meninggal dunia pada April tahun lalu menarik perhatian ramai netizen.

Kisah mengenai Muhammad Nazren Firdaus yang lebih mesra dipanggil Abang dikongsi oleh bekas jirannya, Natipah Abu, 46, sehingga tular di Facebook.

Bercerita kepada mStar, ibu kepada tiga cahaya mata yang mesra disapa Kak Pah itu mengakui sebak saat melihat foto Abang dalam keadaan terbaring di pusara bapanya, Abdul Halid Abdullah yang sebelum ini bertugas sebagai guru Pendidikan Agama Islam di sebuah sekolah di Kedah.

Rindu Pada Yang Tiada Adalah Rindu Yang Paling Sakit 1

“Saya berjiran dengan keluarga Abang selama 14 tahun di Sungai Petani. Dia anak bongsu daripada lima beradik. Arwah ni ustaz sekolah. Isterinya pula ustazah.

“Malam-malam dia akan ajar mengaji al-Quran di rumah saya. Bermula anak saya tiga orang, sampai saya terpaksa buat garaj… dalam 30 anak jiran datang belajar mengaji.

“Saya pun rapat dengan keluarga mereka. Walaupun dah pindah ke Gurun, saya sentiasa ziarah keluarga Abang,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Rindu Pada Yang Tiada Adalah Rindu Yang Paling Sakit 2

Foto kenangan arwah bapa Abang yang mengajar al-Quran di kediaman Kak Pah.

Kata Kak Pah lagi, arwah meninggal dunia akibat sakit pada bahagian pankreas dan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Alor Setar.

Biarpun sudah hampir setahun pemergiannya, Abang ternyata masih terkesan dengan takdir itu.

“Arwah yang selalu uruskan Abang, mandikan dia, tidur dengan dia. Memang dia sayang.”

Rindu Pada Yang Tiada

“Setiap Jumaat Abang akan ke kubur arwah. Dia tak pandai membilang hari, tapi bila tiba hari Jumaat, Abang seakan-akan tahu akan pergi ke kubur.

“Saya pun dah anggap dia macam anak sendiri. Saya pergi rumah dia hari tu, mak dia tunjuk gambar Abang kat kubur. Saya minta izin untuk kongsi di Facebook.

“Sedih tengok gambar, dia rindu tapi tak tahu nak cakap. Kasih sayang mak ayah ni tiada galang ganti,” jelas Kak Pah lagi.

Sehingga kini, posting Kak Pah mengenai anak istimewa itu menerima lebih 3,000 tanda suka (like) di Facebook.

Rindu Pada Yang Tiada Adalah Rindu Yang Paling Sakit 3

Abang dibawa menziarahi kubur arwah bapanya pada setiap Jumaat.

Malah, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa sebak mereka setelah melihat foto sayu itu.

“Kesiannya.. rindu pada yang tiada memang teramat sakit. Al-Fatihah buat semua arwah ibu bapa kita yang telah pergi.

“Ya Allah jagalah dia peliharalah anak syurga ni.

“Allahuakbar, rindu yng tiada akhirnya. Semoga abang baik-baik aje,” tulis beberapa netizen.

Rindu Pada Yang Tiada Adalah Rindu Yang Paling Sakit 4

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here