Home All Isu Semasa “Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang!

“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang!

26611
1
“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang!

“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang! | “Kami cari rezeki, korang game kami.” Begitulah luahan para penghantar makanan yang berdepan dengan dugaan dianiaya para pelanggan sehingga mereka menjadi sasaran pihak polis.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang pengguna dengan nama akaun Apan Meru telah berkongsi maklumat seorang penghantar makanan ditahan polis selepas terdapat syabu di dalam bungkusan yang didapati daripada seorang pelanggan.

Sekali buka rupanya syabu

Menurut entri tersebut, rider tersebut kesan dan terkejut selepas mendapati bungkusan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan rupanya adalah barangan terlarang.

“Kami tak akan buka bungkusan pelanggan, sekali bila buka rupa-rupanya syabu..janganlah buat kami macam ni…”

INFO : KLANG SELATANKEPADA CUSTEMER JANGAN GAME RIDER PULAK…KAMI CARI REZEKI…KORANG GAME KAMI SUSAH KAMI CARI…

Posted by Apan Meru on Wednesday, April 8, 2020

Pelanggan order syabu tu sempat lari

Berdasarkan mesej perbualan yang dikongsikan, penghantar tersebut telah dilepaskan oleh pihak, tetapi pelanggan yang membeli syabu itu sempat melarikan diri selepas pihak polis berjaya mengesan lokasinya.

HASIL BERBUALAN DARI GROUP WHAPP RIDER BERSAMA RIDER YANG MENJADI MANGSA KEADAAN…JANGANLAH BUAT KAMI SEBEGINI😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥#RIDERJALANAN#MENCARISESUAPNASI

Posted by Apan Meru on Wednesday, April 8, 2020

Kesian la kat depa, kenapa aniaya orang macam tu

Insiden tersebut telah mengundang rasa marah netizen terhadap pihak mengambil kesempatan ini, rata-ratanya simpati melihat nasib para penghantar makanan yang mencari rezeki tetapi dianiaya pula dengan pelanggan.

“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang!

Nasib baik rider tu tak kena tangkap

“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang!

Rider yang jadi mangsa

“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang!

Perbuatan ini memang sangat terkutuk, akibat kerja jahat orang lain mereka yang mencari rezeki seperti ini yang terpaksa menanggung akibatnya.

Sumber : Apan

Baca Selanjutnya

“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here