Home All Isu Semasa Rider Beri Bantuan, Tak Sangka Ada Ibu Tunggal Banyak Hari Hidang Cucur...

Rider Beri Bantuan, Tak Sangka Ada Ibu Tunggal Banyak Hari Hidang Cucur Saja Untuk Anaknya

8483
1
Rider Beri Bantuan, Tak Sangka Ada Ibu Tunggal Banyak Hari Hidang Cucur Saja Untuk Anaknya

Rider Beri Bantuan, Tak Sangka Ada Ibu Tunggal Banyak Hari Hidang Cucur Saja Untuk Anaknya | Mampu peroleh pendapatan sehingga RM100 dalam masa lima jam, namun tempoh itu sebaliknya digunakan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang mampu tanpa mengambil sebarang upah.

Itu sikap sekumpulan penghantar makanan yang wajar dipuji susulan inisiatif mereka menyampaikan sumbangan bantuan orang ramai dalam bentuk makanan kepada gelandangan dan isi rumah memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif terbabit dimulakan Muhammad Nor Farhan Azhari, 33, selepas bapa kepada tiga anak ini terkesan dengan seorang individu meminta bantuan rakan penghantarnya menyampaikan bantuan kepada gelandangan sewaktu PKP fasa pertama.

bantuan

” Seingat saya, individu itu berikan RM1,500 dan meminta rakan saya beli makanan untuk diagih kepada gelandangan sama ada tiga atau empat kali seminggu memandangkan kami lebih mudah bergerak dalam tempoh PKP.

” Ketika itu, saya juga bantu rakan agihkan makanan terbabit dan kongsikannya di Facebook sebelum lebih ramai tampil mahu turut menyumbang.

” Dari situ saya terfikir untuk teruskan aktiviti ini dan semakin lama semakin banyak sumbangan diterima sehingga kami perluaskan bantuan kepada keluarga miskin pula,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berjam-jam pusing cari gelandangan untuk diberikan bantuan

Bercerita lanjut, Farhan berkata, setiap kali menghantar untuk gelandangan atau isi rumah, dia dan rakan menghabiskan masa antara dua hingga lima jam bergantung kepada lokasi penghantaran.

Aktiviti itu katanya lebih mudah dilakukan pada peringkat awal khususnya sebelum DBKL menyelamatkan gelandangan di ibu negara bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

” Sebelum ini, dalam tempoh dua jam saja, kami mampu selesaikan pemberian sumbangan makanan kepada kira-kira 100 gelandangan sebelum kembali bekerja.

BACA: ‘Jujurlah Kepada Diri Sendiri’. Isu Bantuan PKP Jadi Perhatian, Guru Besar, Orang Rumah Banglo Pun Dapat!

” Namun selepas DBKL selamatkan gelandangan ini, berjam-jam juga kami pusing untuk cari gelandangan lain untuk dibantu menyebabkan kami fikir untuk beri kepada keluarga yang mungkin menanti bantuan seumpama ini,” katanya.

Jelas Farhan, kira-kira 60 isi rumah sudah menerima bantuan makanan terbabit setakat ini berupa beras, tepung, gula, kicap, ikan sardin dalam tin, susu, mi segera dan sebagainya.

Menurutnya, selagi ada sumbangan, dia dan enam lagi rakan akan melakukan penyampaian bantuan secara tetap bagi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak terpinggir pada saat negara masih berdepan kemelut penyakit berbahaya.

Insaf tengok keadaan rumah ibu tunggal

” Setakat hari ini tiada lagi sumbangan yang kami terima namun baki sumbangan sebelum ini sudah kami gunakan untuk beli makanan buat kira-kira 10 keluarga dan akan diagihkan secepat mungkin kepada keluarga yang betul-betul memerlukan.

” Banyak perkara yang membuka mata saya apabila melakukan aktiviti sebegini. Antaranya, ada gelandangan yang mempunyai anak sebaya anak saya, saya lihat bagaimana anaknya hanya bermain sendiri di kaki lima tanpa permainan yang biasa kita beli untuk anak kita.

” Ketika saya hantar bantuan ke rumah keluarga kurang mampu, ada ibu tunggal yang sudah beberapa hari sebelum itu cuma hidangkan cucur untuk anaknya disebabkan di rumahnya cuma ada tepung.

” Melihat semua perkara ini menjadikan saya lebih bersyukur dan sentiasa beringat untuk bantu mereka yang dalam kesusahan. Kita tidak tahu giliran kita,” katanya.

Baca Selanjutnya

Rider Beri Bantuan, Tak Sangka Ada Ibu Tunggal Banyak Hari Hidang Cucur Saja Untuk Anaknya 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here