Home All Isu Semasa Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana...

Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan

1438
0
Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan

Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan | Mengalami kemalangan dan terlantar koma dalam tempoh waktu yang lama bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh seseorang. Lebih-lebih lagi apabila kudrat yang sedia ada mulai terbatas disebabkan kecederaan yang dialami.

Namun, menerusi perkongsian yang penuh inspirasi daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wong Fook Meng, kisah pemuda yang baru sahaja seminggu bekerja di pam minyak sangat mengharukan.

Jumpa remaja pekerja pam minyak yang ramah

Menurut Wong Fook Meng, dia telah berjumpa dengan pekerja pam minyak yang cukup ramah dengannya. Selepas ditanya, remaja tersebut memaklumkan baru sahaja seminggu bekerja disana.

Hal ini kerana sebelum bekerja dia telah mengalami kemalangan sehingga mengalami kecederaan otak ketika berusia 18 tahun. Menurut juruwang di kaunter pam minyak, pemuda tersebut pernah koma 6 bulan dan sedang berada dalam fasa pemulihan.

Remaja

Sentiasa positif supaya proses pemulihan cepat berlaku

Dalam pada itu, Wook Fook Meng turut menyatakan terinspirasi dengan kisah pemuda tersebut kerana tetap positif dalam hidup kerana doktor yang merawatnya berharap agar dia terus positif supaya proses pemulihan lebih cepat berlaku.

Ketabahan dan sikap positif pemuda tersebut telah menyentuh hati Wong Fook Meng sehingga dia berasa terinspirasi dengan kisahnya sebelum dimuat naik ke Facebook.Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan 1

BACA JUGA : Budak 10 tahun Kerah Tenaga Kerja Di Pasar, Demi Bagi Keluarga Makan

Sangat menginspirasikan

Muat naik itu juga mendapat perhatian warganet sehingga dikongsikan hampir 3 ribu pengguna media sosial itu dan mendapat 10 ribu tanda suka sejak posting tersebut tular dua hari lepas.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang murni di Facebook Wook Fook Meng. Mereka mengakui terinspirasi dengan kisah pemuda tersebut dan berharap agar dia terus positif dalam hidupnya supaya proses kesembuhannya dapat dipercepatkan.Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan 2

Berfikir positif akan mudahkan kehidupan anda

Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan 3

Jangan terus putus asa

Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan 4

Sumber: Wong Fook Meng

Remaja Kekal Positif Teruskan Hidup Cari Kerja Selepas 6 Bulan Koma Kerana Kemalangan 5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here