Home All Isu Semasa Remaja 17 Tahun Pandu Myvi Persis Pemandu Profesional Ditahan Selepas Dikepung Tujuh...

Remaja 17 Tahun Pandu Myvi Persis Pemandu Profesional Ditahan Selepas Dikepung Tujuh MPV Polis

3565
0
Remaja 17 Tahun Pandu Myvi Persis Pemandu Profesional Ditahan Selepas Dikepung Tujuh MPV Polis

Perodua Myvi seringkali mengejutkan ramai dengan pelbagai aksi-aksi berbahaya yang menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

Walaupun merupakan jenama tempatan, tiada siapa dapat sangkal ketangkasan Perodua Myvi ketika di atas jalan raya.

Sekali lagi, Perodua Myvi menjadi bualan hangat di Malaysia selepas adegan kejar mengejar diantara pihak polis dan pemandu Myvi dirakamkan di Johor.

Di dalam kejadian itu, kereta Myvi tersebut telah dikejar tujuh MPV polis sejauh 15 kilometer.

Lebih mengejutkan, aksi berbahaya itu sebenarnya dilakukan oleh pemandu berusia 17 tahun dan bukannya orang dewasa.

Kenderaan Myvi kuning itu dipandu di sekitar bandar Johor di mana pihak polis telah mengejar kenderaan tersebut setelah dia enggan memberhentikan kereta ketika ditahan.

BACA: Isteri Luah Perasan Suami Ketagih Ketum, Warganet Bidas Jangan Aibkan Suami!

Suspek yang menaiki kereta jenis Perodua itu dikatakan memecut laju selepas diarahkan berhenti oleh anggota polis yang menaiki MPV.

Ketika meloloskan diri, suspek memandu dengan cara berbahaya dan telah melanggar beberapa kereta orang awam.

Tujuh buah MPV polis mengejar dan mengepung kenderaan Myvi suspek sebelum berjaya memberkasnya di Jalan Tebrau.

Myvi

Selepas ditahan pihak berkuasa, polis kemudiannya menemui beberapa jenis dadah dipercayai milik suspek. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang milik suspek.

Ia termasuk 10 biji pil Erimin 5, satu paket plastik lutsinar berisi 9 pil warna hijau disyaki dadah Ecstacy seberat seberat 4.84 gram, satu paket plastik lutsinar berisi 11 pil warna ungu juga disyaki dadah jenis Ecstacy seberat 4.61 gram. Selain itu, satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis Ketamine seberat 9.84 gram dan satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 2.60 gram.

Berdasarkan penemuan pelbagai jenis dadah itu, tidak hairanlah remaja tersebut sanggup memandu sejauh itu demi meloloskan diri dari tujuh MPV polis yang mengejarnya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A (1), Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca Selanjutnya

Remaja 17 Tahun Pandu Myvi Persis Pemandu Profesional Ditahan Selepas Dikepung Tujuh MPV Polis 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here