Rebah ketika bangun dari rukuk, warga emas ‘pergi’ ketika imamkan solat subuh

0
3760
rebah

Rebah ketika bangun dari rukuk, warga emas ‘pergi’ ketika imamkan solat subuh | Hidup dan mati seseorang adalah rahsia daripada Maha Pencinta. Tiada yang dapat menidakkan cepat atau lambat jika ajal itu telah tiba.

Namun, sudah tentu kita semua mengharapkan agar kematian yang dilalui adalah dalam keadaan husnul khotimah iaitu kematian yang dicemburui.

Baca surah lazim tersekat2

Menerusi Harian Metro, seorang warga emas telah rebah dan meninggal dunia semasa mengimamkan solat subuh pagi semalam. Dikenali sebagai Mohd Rawi Ismail, pesara berusia 61 tahun ini dilaporkan telah menggantikan imam Masjid Sultan Abu Bakar, Raub kerana imam tersebut hadir agak lambat pagi itu.

Walau bagaimanapun, ketika sedang bangun dari rukuk, dia didapati rebah dan sempat disambut oleh makmum yang juga sahabatnya.

“Selepas membaca surah Fatihah beliau membaca ayat lazim, cuma tersekat-sekat kerana tidak cukup nafas. Selepas rukuk, dia bangun dan nampak terhuyung-hayang hendak rebah ke belakang dan saya pun sambut dia.”

Minta sekeluarga amalkan surah al-Mulk sebelum tidur

Menyingkap amalan hariannya sehingga diberi rezeki pergi menghadap Ilahi dalam keadaan yang baik, isteri allahyarham Mohd Rawi Ismail, Mek Nab Che Sof, 58 memberitahu bahawa suaminya akan melazimi surah al-Mulk sebelum tidur.

Dia juga sempat berpesan kepada anak-anak dan isteri supaya berbuat perkara sama bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T.rebah

 

Rajin bersedekah

Tambah isterinya lagi, Mohd Rawi juga gemar bersedekah kepada saudara-mara terutamanya kanak-kanak dan kenalan hasil buah-buahan dari tanah yang diusahakan sendiri.

Kematian yang dicemburui

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook Harian Metro, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian warga emas itu. Walau bagaimanapun, mereka turut menyatakan bahawa betapa beruntungnya allahyarham kerana meninggal dunia ketika sedang beribadat.

Ada juga beberapa kenalan arwah yang turut meninggalkan komen dengan menyatakan kebaikkan yang pernah dilakukan oleh arwah dan terus dikenang sehingga kini.

rebah

Semoga  ditempatkan dengan orang beriman

rebah

Orangnya cukup baik

rebah

Bagus nasihat yang ditinggalkan

 

Rebah ketika bangun dari rukuk, warga emas ‘pergi’ ketika imamkan solat subuh 1Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here