Home All Isu Semasa Realiti Sebenar Pekerja Migran Di Qatar, Negara Asal Al Jazeera Yang Dilayan...

Realiti Sebenar Pekerja Migran Di Qatar, Negara Asal Al Jazeera Yang Dilayan Seperti Hamba

2409
0
Realiti Sebenar Pekerja Migran Di Qatar, Negara Asal Al Jazeera Yang Dilayan Seperti Hamba

Realiti Sebenar Pekerja Migran Di Qatar, Negara Asal Al Jazeera Yang Dilayan Seperti Hamba | Dokumentari bertajuk Locked Up In Malaysia’s Lockdown yang dimuatnaik oleh agensi berita antarabangsa, Al Jazeera telah mencetuskan kontroversi di atas provokasi yang dilakukan.

Menerusi dokumentari itu, Al Jazeera telah menuduh Malaysia memberikan layanan yang prejudis kepada warga asing dalam mengawal pandemik COVID-19 dalam negara.

Tindakan Al Jazeera ini boleh diibarat seperti peribahasa Melayu ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak’. Qatar yang merupakan negara asal agensi berita itu, seakan-akan terlupa dengan tindakan mereka mengabaikan pekerja migran malah melayan mereka tidak ubah seperti seorang hamba.

Pembinaan stadium di Qatar

Ianya berlaku kepada pekerja-pekerja migran yang ditugaskan membina stadium-stadium yang bakal menjadi lokasi perlawanan untuk Piala Dunia 2022 yang bakal dianjurkan di negara Teluk itu. Kisah ini bukan lagi menjadi rahsia apabila ianya didedahkan oleh akhbar The Guardian pada tahun 2013 di mana ramai pekerja dari Nepal yang dilayan seperti hamba.

Ada pekerja yang mendedahkan dia terpaksa bekerja dalam keadaan yang lapar tanpa makanan selama 24 jam. Dia perlu bekerja selama 12 jam dan berlapar pada malamnya. Apabila dia mengadu kepada pengurus, dia akan dipukul, dihalau keluar dari kem buruh dan diugut tidak dibayar gaji.

Kebanyakan pekerja migran dari Nepal juga terpaksa menanggung hutang besar kepada ejen-ejen yang mendapatkan pekerjaan untuk mereka. Selain daripada tidak membayar gaji, pekerja tidak dibenarkan meninggalkan tempat kerja dan dokumen pengenalan dan perjalanan turut diambil.

Situasi ini meyebabkan duta negara Nepal yang datang ke Doha menggelarkan Qatar sebagai penjara yang terbuka. Tanpa sebarang dokumen rasmi, pekerja-pekerja migran itu boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) dan boleh dihalau keluar daripada negara.

Pandemik COVID-19

Qatar

Di saat semua negara mengambil keputusan menutup sementara sektor ekonomi kerana pandemik ini, Qatar memilih untuk meneruskan aktiviti pembinaan projek-projek bagi Piala Dunia 2022. Para pekerja pembinaan masih lagi diminta untuk bekerja di mana kesihatan mereka tidak mendapat jaminan akan dilindungi majikan.

BACA JUGA: Isu Di Sebalik Dokumentari Al Jazeera Terbongkar, Suruh Kru Sendiri Berlakon Jadi Tahanan Pati & Pesakit.

Qatar kemudian mengumumkan sebarang aktiviti perkumpulan tidak dibenarkan tetapi ianya tidak terpakai kepada sektor ekonomi lain seperti sektor swasta dan sektor pembinaan. Kebimbangan para pekerja mengenai jangkitan COVID-19 yang boleh berlaku di tempat pembinaan tidak diendahkan oleh pengurus.

Selain isu pandemik, ada juga pekerja yang meninggal dunia akibat tekanan haba semasa di tempat pembinaan dan ianya antara perkara yang sering berlaku. Pekerja-pekerja migran ini juga perlu tinggal di asrama yang padat dengan pekerja dan ada juga yang tidak mempunyai akses kepada bekalan air bersih.

Qatar

Isu pekerja tidak dibayar gaji juga bukanlah sesuatu yang asing di Qatar. Sebelum ini, 100 pekerja subkontraktor dari Qatar Meta Coats (QMC) masih menanti bayaran gaji yang tidak dibayar selama berbulan-bulan. Selepas ianya dilaporkan kepada Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan Doha, baru lah mereka menerima sebahagian gaji yang dijanjikan.

Mengulas mengenai dokumentari mengenai Malaysia, tindakan Al Jazeera memburukkan imej Malaysia ibarat menutup mata dengan masalah yang dialami oleh negara mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, Malaysia masih lagi menjaga kebajikan warga asing semasa pandemik ini dan tidak bertindak prejudis seperti apa yang dilaporkan mereka.

Sumber

Realiti Sebenar Pekerja Migran Di Qatar, Negara Asal Al Jazeera Yang Dilayan Seperti Hamba 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here