Realiti Pahit Getir Perkhidmatan Kurier Disebalik Pelanggan Yang Tak Menyabar | Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan, namun ia tidak mematahkan ‘semangat’ rakyat Malaysia untuk untuk membeli belah.
Pelbagai jenis platform pembelian online telah diwujudkan setelah sekian lama, dengan tujuan memudahkan urusan pembelian dihujung jari.
Sudah semestinya, pembelian atas talian ini memaksa pelanggan menunggu dalam beberapa tempoh tertentu, untuk mendapatkan barang yang telah dipesan mereka sampai di depan pintu rumah.
Semua nak barang cepat sampai, tapi tolonglah faham!
Disebabkan PKP, lebih ramai diihat membuat pesanan atas talian dan perkhidmatan kurier penghantaran barangan tidak menang tangan untuk mengurusakan pesanan uyang dilihat bertambah berkali-kali ganda setiap hari.
Di Twitter, salah seorang penggunanya berkongsikan sedikit realiti yang terpaksa di tanggung oleh kurier penghantaran barangan untuk menguruskan semua pesanan oleh peniaga atas talian.
BACA: Terlalu Ramai Beli Barang Dalam Talian Semasa PKP, Syarikat Kurier Lambat Hantar Bungkusan
Ni baru depan, bahagian belakang perkhidmatan kurier tak tengok lagi!
Sehari barang 7 ribu masuk…

1 guni, 1 beg galas, 2 motor
“Perkhidmatan kurier Kerah tenaga 2 kali ganda dari biasa…”
Ramai juga berkongsikan pendapat dan juga pandangan yang dihadapi oleh staf-staf kurier ini. Namun, ada juga yang dilihat tidak berpuas hati dengan servis sesetengah kurier yang dianggap tidak professional dalam melakukan tugas mereka.
Sehinggu barang kau peruk dalam kedai
Lebih 10 hari barang tu tak ambil langsung!
Jangan lupa ucap terima kasih kepada pekerja perkhidmatan kurier!
Walau apapun yang berlaku, jangan lupa untuk sentiasa mengucapkanlah terima kasih demi menghargai keringat mereka yang berpenat lelah berugas sepanjang PKP ini dilaksanakan.
Sumber: Twitter.

[…] ARTIKEL BERKAITAN: Realiti Pahit Getir Perkhidmatan Kurier Disebalik Pelanggan Yang Tak Menyabar […]