Home All Keluarga Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu.

Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu.

2701
2
Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu.

Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu. | Pertunangan bolehlah dikatakan sebagai satu simbolik yang menunjukkan couple itu benar-benar mempunyai keinginan untuk berumah tangga.

Fasa ini bukanlah sekadar penyerahan cincin daripada pihak lelaki kepada wanita, namun pelbagai ujian perlu dilalui sebelum mereka selamat disatukan pada hari penuh bahagia. Kalau nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada individu dengan akaun Twitter bernama @Crptpsta.

Ujian semasa bertunang..

Menerusi posting tersebut, lelaki ini memaparkan beberapa situasi yang mungkin dilalui oleh seseorang sepanjang tempoh pertunangan. Tulisnya, sudah menjadi kelaziman seandainya kita sering dihimpit dengan pelbagai konflik sehingga ada kalanya berasa putus asa dengan hubungan yang dibina.

Kadangkala, sekecil-kecil masalah pun boleh menyebabkan seseorang itu tewas dan memilih jalan untuk berpisah. Lantaran itu, wajarlah jika masyarakat dinasihatkan agar tidak bertunang lama-lama.

bertunang

Ujian seminggu nak kahwin…pandang pun tak mahu

Lain pula senarionya apabila menghampiri hari pernikahan. Begitu hebatnya godaan syaitan pada ketika ini sehinggakan ada sebahagiannya mula berasa jemu dengan calon hidup masing-masing.

Malah, kehadiran ramai orang baru sebagai ujian akan membuatkan anda semakin ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat.

Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu. 1

Ujian selepas kahwin

Pun begitu, dah kahwin pun macam-macam perkara lagi perlu difikirkan. Berbeza dengan tempoh pertunangan kerana tanggungjawab kali ini akan menjadi lebih besar. Antara perkara perlu difikirkan adalah seperti aspek keperluan harian, kehendak dan kos sara hidup yang tinggi.

BACA JUGA :: Teringin Nak Kahwin? Perbetul Dulu Tabiat Ini

Disinilah ujian sebenar dalam hubungan rumah tangga. Oleh sebab itu, lelaki atau perempuan disarankan agar sentiasa muhasabah diri agar hubungan sentiasa diberkati.

Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu. 2

Sumber: Twitter Crptpsta

Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu. 3

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here