Home All Isu Semasa 5 Ramalan Bill Gates Mengenai Ekonomi Pasca Covid-19 Yang Kita Perlu Beri...

5 Ramalan Bill Gates Mengenai Ekonomi Pasca Covid-19 Yang Kita Perlu Beri Perhatian

5381
4
5 Ramalan Bill Gates Mengenai Ekonomi Pasca Covid-19 Yang Kita Perlu Beri Perhatian

5 Ramalan Bill Gates Mengenai Ekonomi Pasca Covid-19 Yang Kita Perlu Beri Perhatian | Bill Gates, nama yang tidak asing lagi di dunia. Beliau yang terkenal dengan menerajui Microsoft sehingga berjaya menakluk pasaran dunia di dalam perisan komputer.

Kini beliau lebih dikenali sebagai seorang philanthropist yang banyak memberi sumbangan melalui yayasan yang dibangunkan bersama dengan isteri beliau, Melinda.

The Bill & Melinda Gates Foundation merupakan yayasan yang paling aktif dalam menggempur virus merbahaya melalui sumbangan kewangan untuk penyelidikan kesihatan.ekonomi

Dalam tulisan terbaru di dalam blog beliau, Bill Gates telah membuat lima ramalan yang bakal berlaku pasca Covid-19 yang sedang mengancam kehidupan manusia dan ekonomi di seluruh dunia.

1. Ini Baru Permulaan

Beliau memberi gambaran ini ketika kelihatan banyak negara mula merasakan wabak Covid-19 berjaya dikawal. China merupakan negara yang telah mengisytiharkan bahawa negara itu telah bebas dari jangkitan Covid-19 dengan membenarkan kegiatan ekonomi beroperasi.

Bagi Bill Gates, ini membuka lembaran baru di mana fasa tahap inovasi dalam bidang kesihatan akan meningkat berbanding sebelum pandemik ini. Beliau memberi contoh bagaimana selepas Perang Dunia Kedua berlaku, manusia giat menjalankan penyelidikan di dalam teknologi satelit, radar, peluru berpandu dan sebagainya.

Menurut beliau, penyelidikan di dalam industri kesihatan akan menjadi serius yang mana sebelum ini, bajet untuk penyelidikan mengenai penyakit berjangkit tidak dipandang dengan serius oleh mana-mana negara.

2. Sesetengah Sektor Perniagaan Akan Mengalami Kelembapan Walaupun Dibenarkan Beroperasi

Bill Gates yang menyatakan keadaan akan menjadi lebih teruk jika sektor terbabit melibatkan penerbangan dan penyediaaan makanan (restoran). Baginya, kedua-dua sektor ini akan kembali aktif tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih.

Peraturan yang baru mungkin akan diperkenalkan bagi membolehkan industri ini beroperasi semula. Penjarakan sosial yang ketat perlu dilakukan dan ini akan menjejaskan pendapatan dan keuntungan mereka.

BACA: “Hutang Boleh Jadi Lubuk Pahala, Boleh Jadi Lubuk Dosa”, Lelaki Kongsi Tip Beri Hutang Kepada Rakan

3. Jangkaan Terhadap Syarikat Bioteknologi Dan Farmaseutikal Tidak Seperti Yang Diharapkan

Syarikat bioteknologi dan farmaseutikal kini sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menghasilkan vaksin yang mampu untuk merawat virus Covid-19 ini. Malangnya tiada satu pun syarikat yang berjaya dalam menghaslkan vaksin seperti yang diharapkan.

Pelaburan di dalam syarikat seperti ini sukar menjanjikan pulangan yang memberangsangkan walaupun setiap minggu terdapat berita mengenai penawar ini terpampang di media massa dan juga media sosial.

4. Ambil Masa Lagi 18 Bulan Untuk Hasilkan Vaksin

Ada kaitan dengan poin #3 di atas, vaksin dijangka akan mengambil masa lagi 18 bulan untuk dihasilkan. Kebiasaanya, sesuatu vaksin akan mengambil masa 2-5 tahun untuk dihasilkan bagi sesuatu penyakit.

Jika vaksin ini tak berjaya ditemui dalam tempoh lagi 18 bulan, pelbagai sektor ekonomi akan terkesan seperti yang berlaku sekarang. Hanya langkah pencegahan saja yang boleh dilakukan dan ianya dilihat kurang efektif bagi sesetengah negara.

5. Kehidupan Norma Baru Akan Bermula

Kehidupan yang baru bagi masyarakat dunia akan menjadi norma baru selagi wabak ini belum berjaya dibendung sepenuhnya. Dengan vaksin yang belum ditemui, ia akan menyukarkan mana-mana sektor ekonomi untuk berjalan seperti biasa.

Industri hiburan dan sukan turut menghadapi kesukaran kerana berkumpul di tempat yang ramai orang merupakan cara mudah untuk virus ini merebak kepada khalayak awam.

Dari segi membuka perniagaan semula untuk merancakkan ekonomi ianya seperti memperjudikan kesihatan rakyat, namun tidak banyak dapat dilakukan oleh negara yang sedang membangun.

Sumber Rujukan:

Kredit: Majalah Labur

5 Ramalan Bill Gates Mengenai Ekonomi Pasca Covid-19 Yang Kita Perlu Beri Perhatian 1

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here