Ramai Ambil Kesempatan Bila Kawan Berniaga, Nak Free Atau Harga Murah | Menjadi kebiasaan bila ada kawan-kawan yang berniaga sesuatu barangan atau makanan, ramai yang suka mengambil kesempatan untuk minta percuma atau harga diskaun lebih murah.
Katanya nak ‘harga kawan-kawan’. Hakikatnya perlu ubah sikap sebegini. Ini kerana bukan mudah untuk bisnes mereka berjaya. Banyak jatuh bangun, ‘asam garam’ dan onak duri yang perlu ditempuhi demi sesuap nasi.
Lebih-lebih lagi, jika hanya berniaga kecil-kecilan dan baru memulakan perniagaan. Tak dapat bantu banyak, tolonglah mereka seadanya. Tak perlu minta diskaun, mahu percuma atau harga lebih murah pada barang yang diniagakan.
Jemput renungkan perkongsian daripada Mohd Hanizal ini;
Ambil Kesempatan Bila Kawan Berniaga
Ramai yang ambil kesempatan bila tengok kawan-kawan berniaga.. Bila tengok kawan meniaga dia ingat kawan dia banyak duit kot sampai nak Free atau nak harga terlalu murah dari biasa sampai minta harga bawah dari modal.
Banyak kos yang perlu ditanggung oleh peniaga contohnya kedai makan perlu membayar kos sewa kedai, pekerja, bill air dan bermacam lagi.. Hari tidak selalunya cerah, ada hari rugi disebabkan makanan tidak habis.
BACA JUGA :: Inilah Ayat Pelaris Peniaga Islam Patut Amalkan, Tak Perlu Nak Jumpa Bomoh!
Apa salahnya kita sebagai kawan yang bagi duit lebih pada kawan berniaga atau makcik yang jual kuih tepi jalan tu niat untuk membantu agar bisnes mereka semakin berkembang.. Contohnya beli barang RM4.50 kita bagi lah duit RM5.00 dan tak perlu ambi baki dengan niat bersedekah 50sen tu.
Jadi lah tangan di atas untuk membantu bukan tangan dibawah untuk menjatuhkan orang lain tanpa kita sedari.. “Orang yang berjaya adalah orang yang gembira melihat orang lain berjaya”
Duit yang tak berkat, banyak macam mana pun tak akan cukup. Hati tak akan rasa puas mengejar dunia. Dah dapat sikit nak banyak. Dah dapat banyak nak lagi banyak. Duit yang berkat, walaupun sikit Allah swt akan cukupkan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi teguran buat kita. Bantulah kawan-kawan yang berniaga agar mereka lebih berjaya.Tak dapat tolong banyak, bayar harga sepatutnya tak minta percuma atau diskaun pun dah memadai.
Sumber: Mohd Hanizal

[…] syarikat sos ini tampil memberi penjelasan menafikan hal tersebut. Syarikat itu menegaskan perniagaan mereka tidak pernah dibeli pihak lain sebaliknya hanya menghentikan operasinya […]
[…] musim. Menurut beliau, ekonomi yang tidak menentu sekarang memberikan inspirasi untuk beliau mula berniaga ayam goreng berharga RM1 agar orang ramai mampu […]
[…] | ” MaIu apooo kalau itu sedapp bila dah masuk mulut, kenyangkan orang. Takde maknanya nak maIu menjual bagi org kenyang, betul tak abg lan? Semoga abg dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik […]
[…] pun gaya lama, kuih tradisional orang dulu-dulu yang masih digemari tetapi tidak banyak tempat yang menjual kuih ini. Sangat ‘rare’ kalau kamu teringin merasanya, apa kata ikut resipi ini pasti jatuh […]
[…] keluarga, ramai wanita dan suri rumah bercita-cita untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui berniaga dari rumah. Tambahan pula kos berniaga dari rumah adalah lebih rendah berbanding menyediakan kedai […]
[…] perlu belajar untuk menggunakan semua teknologi sedia ada bagi memeriahkan lagi pertanian dan perniagaan […]
[…] BACA: Ramai Ambil Kesempatan Bila Kawan Berniaga, Nak Free Atau Harga Murah […]