Home All Isu Semasa Rakyat Mula Ingkar PKP Siap Bawa Baby, Pemandu Grab Kecewa Kereta Bertambah!

Rakyat Mula Ingkar PKP Siap Bawa Baby, Pemandu Grab Kecewa Kereta Bertambah!

36430
2
Rakyat Mula Ingkar PKP Siap Bawa Baby, Pemandu Grab Kecewa Kereta Bertambah!

Rakyat Mula Ingkar PKP Siap Bawa Baby, Pemandu Grab Kecewa Kereta Bertambah!  | Jumlah kenderaan di jalan raya sepatutnya berkurangan susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia.

Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila jumlah kenderaan dilihat semakin meningkat dari hari ke hari walaupun dalam tempoh PKP.

Seorang pengguna Facebook, Oneazam Mokhtar yang juga berkhidmat sebagai pemandu Grab mendedahkan ‘perangai’ sebenar segelintir rakyat yang masih ‘degil’ dan tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan dengan ingkar PKP.

Kenderaan banyak atas jalan, ramai ingkar PKP

Rakyat Mula Ingkar PKP Siap Bawa Baby, Pemandu Grab Kecewa Kereta Bertambah! Saya pemandu Grab. Hampir setiap hari bermula dari PKP penggal pertama, saya keluar buat Grab. Pada peringkat awal PKP dulu memang suasana jalan raya sangat kurang kereta. Hanya yang banyak atas jalan waktu tu ialah rider Food Panda dan Grab Food. Tetapi hari ini saya betul-betul terkejut ramai yang ingkar PKP. Bilangan kenderaan atas jalan macam hari biasa. PKP boleh ibarat dah ke laut.

Everybody go around doing their thing like as if nothing is wrong. Saya perasan benda ni bermula dari semalam. Lepas Kerajaan umum PKP dilanjutkan 14 hari lagi. Orang ni semua keluar bukan satu orang satu kereta lagi dah. Yang saya tengok husband and wife satu kereta ni bersepah.

Menceritakan kisah itu, pemandu Grab ini memberitahu pada fasa awal pelaksanaan PKP keadaan di jalan raya agak lengang dan jumlah kenderaan juga berkurang berbeza daripada hari-hari biasa.

Namun selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan untuk melanjutkan tempoh PKP selama 14 hari lagi iaitu sehingga 28 April, bilangan kenderaan dilihat kembali normal seperti hari biasa seolah-olah bukan seperti dalam tempoh PKP.

Tolong duduk di rumah, Jangan Ingkar PKP

Rakyat Mula Ingkar PKP Siap Bawa Baby, Pemandu Grab Kecewa Kereta Bertambah! 1

Yang satu keluarga pun ada. Ada seorang hakak ni berhenti sebelah saya dekat lampu isyarat. Siap bawa baby lagi kat baby seat sebelah seat depan. Oh My God! boleh dok cak-cak pula dengan baby dia tu. Tak rasa takut apa pun. Nak tahu betapa banyaknya kereta kat jalan, ni contoh saya kena tadi.

Saya sangkut dekat road-block depan EKO Cheras Mall selama 2 jam. Saya boleh tengok cerita Ahmad Albab dekat Youtube sampai habis tapi masih dok sangkut kat roadblock tu. Itulah betapa buruknya keadaan itu. Kalau macam ni lah sikap masyarakat kita terhadap PKP ni, to think PKP will be extend till Raya, is an understatement. Saya merayu pada anda semua, tolong duduk di rumah.

Tambah individu ini lagi, apa yang lebih mengejutkan apabila dia ‘terkandas’ di dalam kereta selama 2 jam kerana sekatan jalan raya. Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanannya itu juga dia melihat pelbagai ragam dan sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat Malaysia.

Ada di antara mereka yang masih keluar berdua dengan menaiki satu kenderaan walaupun perkara itu sebenarnya tidak dibenarkan oleh kerajaan. Mereka masih tidak mematuhi peraturan dan ingkar PKP.

Ada juga yang berani membawa anak kecil keluar daripada rumah sedangkan mereka tahu bahawa kanak-kanak lebih mudah terdedah dengan jangkitan wabak maut berkenaan.

Sumber: Oneazam Mokhtar

Baca Selanjutnya

Rakyat Mula Ingkar PKP Siap Bawa Baby, Pemandu Grab Kecewa Kereta Bertambah! 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here