Home All Isu Semasa Warganet Kritik Rakyat Malaysia Masih Gigih Bercuti Ke Korea Selatan Saat Ledakan...

Warganet Kritik Rakyat Malaysia Masih Gigih Bercuti Ke Korea Selatan Saat Ledakan #Covid19

1627
1
korea

Ramai rakyat Malaysia mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Mungkin terpengaruh dengan drama Korea, atau muzik K-pop, mungkin ingin melihat sendiri suasana di negara yang sering dilihat dalam drama, ramai datang ke sana untuk melancong.

Tambahan pula, satu syarikat penerbangan menawarkan tambang murah untuk ke sana pada masa ini dan ramai yang membeli kerana ingin merasa menjejakkan kaki ke tanah kelahiran idola Korea yang diminati.

Umum mengetahui bahawa kes CONVID-19 kini kian menular di serata negara Korea. Meskipun berada di tangga yang rendah pada awalnya tetapi sekarang negara itu mempunyai bacaan kes terbanyak bagi negara luar daripada China!

Keadaan jangkitan coronavirus di sana agak teruk. Sehingga kini terdapat 31,923 dengan 893 kes disahkan. Jumlah kematian meningkat kepada sembilan orang dengan pertambahan satu kematian sejak semalam.

Namun begitu, ramai mendakwa terdapat rakan-rakan dan saudara yang dikenali memuat naik status di media sosial memberitahu berlepas ke Korea Selatan atau sedang bercuti di sana sambil memuat naik gambar-gambar dengan gembira.

Ini menjadi perbualan hangat di Twitter kerana ia dianggap membahayakan nyawa sendiri dan seterusnya membahayakan rakyat Malaysia sekiranya mereka dijangkiti di sana. Malah, tanpa disedari, mereka mungkin membawa balik jangkitan coronavirus dan seterusnya menyebarkannya di sini.

“Hadap tiket murah.”

Warganet Kritik Rakyat Malaysia Masih Gigih Bercuti Ke Korea Selatan Saat Ledakan #Covid19 1

“Tak fikir dulu ke?”

Warganet Kritik Rakyat Malaysia Masih Gigih Bercuti Ke Korea Selatan Saat Ledakan #Covid19 2“Tawakkal katanya.”

korea“Tangguhkan la dulu cuti ke Korea.”

korea

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini turut meminta agar orang ramai menghindari kawasan wabak kerana menyelamatkan diri daripada kemusnahan adalah tuntutan dalam Islam. Katanya:

Ini berdasarkan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195 dan surah al-Nisa ayat 29.

Malah dalam hadis Nabi Muhammad SAW ada mengajar mengenai tindakan ‘kuarantin’ supaya penyakit atau wabak tidak tersebar dan hadis itu dibaca oleh Abdul Rahman ‘Auf kepada Khalifah Umar al-Khattab ketika khalifah itu bercadang ke Syam ketika wabak taun sedang merebak.

Apabila mendengar hadis terbabit, Amirul Mukminin Umar al-Khattab membatalkan hasratnya.

Warganet Kritik Rakyat Malaysia Masih Gigih Bercuti Ke Korea Selatan Saat Ledakan #Covid19 3

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here