Home All Isu Semasa Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak

Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak

1889
1
Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak

Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak | Kita sedang memasuki satu era baharu di mana berkumpul di khalayak ramai akan menjadi perkara paling merbahaya.

Manakala untuk kekal berada di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial adalah norma baru yang dititikberatkan.

Namun berbeza di Washington, Amerika Syarikat apabila rakyat AS dilihat senang bergaul dengan pesakit COVID-19 dengan harapan bahawa tubuh badan mereka akan kebal dari wabak ini.

amerika syarikat

Menurut The Straits Times, ‘Pesta COVID-19’ diaturkan agar orang ramai tidak dijangkiti dan kebal dari dengan wabak ini pada masa akan datang.

Pengarah kesihatan masyarakat untuk Walla Walla County, Meghan Debolt melaporkan bahawa wujud dua ‘Pesta COVID-19’ yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

BACA: Ribuan Rakyat Amerika Adakan Tunjuk Perasaan Protes Perintah Kuarantin Di Rumah Walaupun Statistik Kematian Melonjak!

Dia menambah bahawa daripada 20 orang yang hadir, didapati dua di antara mereka telah jatuh sakit dan diuji positif wabak tersebut. Kelompok ini dilihat telah mematahkan usaha pihak berkuasa Amerika Syarikat yang mahu melawan penularan wabak ini.

“Kami ingin membuka kembali komuniti kami,” kata Debolt. “Tetapi jika komuniti kita tidak mengamalkan garis panduan jarak fizikal dan jarak sosial yang betul dan mereka dengan sengaja berusaha untuk pergi dan berhubung dengan pesakit COVID-19, ini melambatkan usaha kita untuk membuka semula kawasan ini.”

Dia menambah bahawa dua orang yang dijangkiti dengan wabak ini di salah satu pesta di Walla Walla adalah masih muda dan mereka tidak memerlukan rawatan perubatan.

Mereka berdua menyatakan bahawa mereka akan sembuh dengan cepat dari virus ini tanpa mengakui hakikat bahawa wabak ini mampu tersebar kepada orang lain yang mempunyai antibodi yang lemah.

Baca Selanjutnya

Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here