Home All Isu Semasa Rakam TikTok Waktu Pejabat, Majikan Panas Hati Pecat Pekerja

[VIDEO] Rakam TikTok Waktu Pejabat, Majikan Panas Hati Pecat Pekerja

5685
1
tiktok

[VIDEO] Rakam TikTok Waktu Pejabat, Majikan Panas Hati Pecat Pekerja | Di era moden ini, makin banyak platform media sosial, antaranya TikTok. TikTok ialah satu platform video pendek di mana orang ramai boleh menunjukkan kreativiti. Antaranya menari dan menyanyi.

Bagaimanapun, ada yang merasa ketagih dengan platform ini dan kerap memuat naik video. Dalam satu rakaman video, seorang wanita yang sedang berada dalam pejabat dirakamkan sedang beraksi untuk akaun TikToknya dan perbuatannya dilihat majikan.

Melalui perbualan dalam video itu, majikan itu merasa geram melihat wanita tersebut leka membuat rakaman untuk akaun TikTok dan tidak membuat kerjanya melalui rakaman kamera litar tertutup.

Seorang wanita lain dipercayai rakan sekerja wanita TikTok itu memberitahu majikannya, wanita tersebut biasanya akan rakam TikTok sebaik masuk waktu kerja dan hanya berhenti setelah puas.

Sehubungan itu, wanita TikTok tersebut dikatakan telah dipecat oleh majikannya.

Reaksi Netizen Apabila Wanita Rakam TikTok Ini Diberhentikan Kerja

Video itu mendapat pelbagai reaksi. Ada yang mendakwa majikan sepatutnya memberi ruang untuk pekerja melepaskan stres atau rasa bosan asalkan kerja dibuat dengan baik dan dihabiskan.

Namun begitu, ada yang menyatakan ia hak majikan untuk memecat pekerja yang mencuri tulang pada waktu pejabat.

rakam tiktok

Ada yang menyatakan peraturan tempat kerja mereka terlalu tegas menyebabkan tidak seronok bekerja, dan mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari kerja di tempat lain yang lebih memberi ruang kepada mereka untuk bersantai.

Bagaimanapun, jika anda terlalu kerap bermain TikTok sehingga pekerja lain boleh perasan, mungkin anda menghabiskan terlalu banyak masa bermain Tiktok. Jadikan ini pengajaran dan sila berhati-hati di masa akan datang di tempat kerja baru.

Baca Selanjutnya

[VIDEO] Rakam TikTok Waktu Pejabat, Majikan Panas Hati Pecat Pekerja 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here