Home All Isu Semasa Raja Permaisuri Agong Kongsi Aktiviti Semasa Kuarantin, Buat Sendiri Semua & Bertadarus....

Raja Permaisuri Agong Kongsi Aktiviti Semasa Kuarantin, Buat Sendiri Semua & Bertadarus. Minta Rakyat Jangan Degil!

16629
2
Raja Permaisuri Agong Kongsi Aktiviti Semasa Kuarantin, Buat Sendiri Semua & Bertadarus. Minta Rakyat Jangan Degil!

Raja Permaisuri Agong Kongsi Aktiviti Semasa Kuarantin. Buat Sendiri Semua, Cuci Dan Kemas Bilik. | ” Hanya kami sahaja di atas , tidak ada pelayan atau bodyguard. Tuanku agong, saya dan anak buat sendiri semua, cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk sebab pernah ada kontak dengan mereka yang positive.”

Demikian perkongsian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menceritakan keadaan terkini dan aktiviti seharian baginda selepas 5 hari menjalani kuarantin di istana.

Ia susulan proses saringan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 7 kakitangan Istana Negara dijangkiti COVID-I9 di mana Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong perlu menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari.

Raja Permaisuri Agong

” Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah swt. Staff istana sudah 16 orang yang positive dan mereka sedang menerima rawatan.

” Alhamdulillah kami yang lain negative, patuh arahan doctor dan saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing. Lambai dari jauh saja. Kami tidak di benarkan melawat dan juga tidak ada sesiapa di benarkan naik keatas istana.

” Alhamdulillah kami semua okay, dah buat banyak test dan negative!.

Dalam pada itu Raja Permaisuri Agong turut mendoakan pekerja istana dan bodyguard yang positive agar segera sembuh. Baginda juga bertitah buat masa ini mereka perlu patuh kepada arahan kuarantin dan hanya dibenarkan keluar bilik pada 9 April.

Raja Permaisuri Agong minta rakyat jangan degil

” Kepada semua rakyat malaysia, kami hanya boleh keluar bilik on April 9th selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga, begitu juga dengan semua staff istana.

” Jom kita semua sama-sama  menghapuskan wabak ini dari terus merebak. Duduk di rumah,  jangan keluar dan JANGAN DEGIL. Ini tanggungjawab kita semua walaupun kita serah kepada Allah swt, kita juga di tuntut berikhtiar.

” Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain, semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saja yang saya pesan”, titah Tunku Azizah.

Sementara itu dalam entri berlainan, Permaisuri Agong turut memuatnaik beberapa perkongsian aktiviti seharian baginda sepanjang tempoh kuarantin yang mencuri tumpuan warganet.

Masak sendiri ketika tempoh kuarantin

Selain meluahkan rasa rindu terhadap anak-anak yang tinggal berjauhan, baginda turut berkongsi menu masakan ringkas yang dimasak sendiri.

Raja Permaisuri Agong

” Ini saja lah saya boleh masak dipantry atas, bahan lain takde. Thank you Rizalman kerana beri idea,  sedap sangat”, tulis Tunku Azizah

Rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur selepas mendengar luahan terbaru dari Permaisuri Agong itu yang menyatakan keadaan terkini di istana.

Paling melegakan apabila mengetahui Raja Permaisuri Agong dan YDP Agong serta anak-anak dalam keadaan sihat dan ujian menunjukkan mereka bebas dari virvs COVID-I9.

” Alhamdulillah seronok tengok tuanku YDPA dan RPA tadarus ramai-ramai. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit COVID-I9 dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala sebelum ramadhan menjelang tiba” tulis Nadia.

Baca Selanjutnya

Raja Permaisuri Agong Kongsi Aktiviti Semasa Kuarantin, Buat Sendiri Semua & Bertadarus. Minta Rakyat Jangan Degil! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here