Home All Isu Semasa Cara Raja Permaisuri Agong Beri ‘Warning’ Ini Cuit Hati Warganet

Cara Raja Permaisuri Agong Beri ‘Warning’ Ini Cuit Hati Warganet

5324
1

Cara Raja Permaisuri Agong Beri ‘Warning’ Ini Cuit Hati Warganet | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan berkongsi pelbagai hidangan baginda di laman Instagram @airtangan_tunkuazizah.

Raja Permaisuri Agong mencuri perhatian orang ramai dengan memuat naik satu keping foto berserta sekeping nota yang berbunyi, “Jangan sentuh langsung! Jangan tolak dan tarik.”

Ia bukan sahaja mencuri perhatian orang ramai tetapi warning yang dikeluarkan oleh Tunku Azizah dalam ruangan kapsyen ini turut menghiburkan hati warganet.

BACA: Raja Permaisuri Agong Kongsi Aktiviti Semasa Kuarantin, Buat Sendiri Semua & Bertadarus. Minta Rakyat Jangan Degil!

Raja Permaisuri Agong

Tunku Azizah berkata menerusi ruangan kapsyen, “Saya sudah beri amaran kepada semua orang. Kalau mereka sentuh atau gerakkan periuk ini, saya ‘peliat’ telinga dan ketuk jari!”

Hasil daripada tinjauan kami di ruangan komen mendapati makanan dalam periuk itu ialah halwa maskat. Untuk pengetahuan anda, halwa maskat ini merupakan kuih raya ataupun manisan terkenal pada zaman dahulu.

Proses untuk membuat manisan ini ternyata tidak mudah dan tepungnya juga perlu dibasuh. Selain itu, proses mengacaunya juga mengambil masa yang agak lama.

Dalam pada itu, baginda turut berkongsi video resipi halwa maskat menerusi satu hantaran lain di laman Instagram

Sementara itu, rata-rata warganet terhibur dengan warning note Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah:

Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong

Pernahkah anda mencuba manisan berkenaan? Pada pendapat anda, adakah ia menepati cita rasa masing-masing?

Cara Raja Permaisuri Agong Beri ‘Warning’ Ini Cuit Hati Warganet 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here