Home All Dunia Islam Gadis Ini Kongsi Rahsia Menghafal Al-Quran 30 Juzuk Dalam Masa Tidak Sampai...

Gadis Ini Kongsi Rahsia Menghafal Al-Quran 30 Juzuk Dalam Masa Tidak Sampai Dua Bulan

2128
0
menghafal al quran

Rasa kagum dan bangga melihat seorang anak berjaya menghafal al-Quran. Lebih kagum apabila 30 juzuk ayat mampu dihafal dalam masa sebulan.

Imelda Fitriani dari Jawa Barat, Indonesia bersekolah di Santriwati Pondok Pesantren Darussalam dilaporkan menangis ketika menerima sijil tamat pengajian dan bergelar sebagai seorang hafizah.

Rahsia Menghafal Al-Quran 30 Juzuk

Menurut laporan Dream, cara yang beliau lakukan sebelum masuk ke sekolah dan kelas khusus menghafal al-Quran adalah dengan membetulkan niat.

menghafal al quran

“Persiapannya yang pertama adalah niat harus kerana Allah,” ujar Imelda.

Beliau menyatakan cabaran wujud ketika kita mahu melakukan kebaikan tetapi ‘mujur Allah selalu mendorong’ beliau untuk menghafal al Quran.

Ketua Pondok Pesantren Darussalam, KH Asep Solahuddin menyatakan proses menjadi seorang penghafal al Quran itu tidak datang dengan mudah.

“Kita latih mereka sejak pertama kali mereka datang ke sini, dari tajwid dan tahsinnya dulu.” Kata gurunya.

Gadis Ini Kongsi Rahsia Menghafal Al-Quran 30 Juzuk Dalam Masa Tidak Sampai Dua Bulan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here