Home All Isu Semasa Radin Lelong Yeezy Untuk Kutip Dana Bantu ‘Frontliners’ Dan Insan Yang Memerlukan

Radin Lelong Yeezy Untuk Kutip Dana Bantu ‘Frontliners’ Dan Insan Yang Memerlukan

511
0

Radin Mahu Lelong Yeezy Untuk Kutip Dana Bantu ‘Frontliners’ Dan Insan Yang Memerlukan | Pengacara dan penyampai radio Radin Amir Effendi semalam menerusi laman Instagram miliknya merasakan beliau ingin membantu para frontliner dan individu yang memohon bantuan daripadanya yang terkesan akibat COVID-19 ini.

Berbeza dengan cara kutipan dana individu atau organisasi lain, Radin mahu menjual sebahagian daripada koleksi kasut miliknya dan semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam dana yang akan dikumpul Radin.

“Assalammualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.

lelong

Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners,” tulis Radin.

Inisiatif Radin Lelong Koleksi Kasut Mendapat Pujian Netizen!

Ramai antara peminat Radin serta rakan artis yang memuji Radin kerana sanggup menjual sebahagian koleksi kasut kesayangan untuk mengutip derma buat insan yang memerlukan.

BACA: Comelnya, Hotel Di Bangi Ini Tinggalkan Nota Sweet Buat Frontliners Setiap Malam

Berdasarkan video Radin, boleh dilihat Radin mungkin akan turut melelong satu atau dua pasang Yeezy daripada koleksi kesayangannya dan beberapa lagi model daripada jenama Nike dan New Balance. Menurut Radin, ada sebahagian kasut berkenaan yang masih belum lagi dipakai dan beliau akan menyatakan kondisi setiap kasut sebelum memulakan lelongan setiap model.

Adakah benar beliau anda akan jual Yeezy mungkin pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran? Anda kena tonton live lelongan amal ini yang akan berlangsung di Instagram Radin pada jam 9.00 malam ini. Siapa yang kaki saiz 8UK perlu siap sedia.

Baca Selanjutnya

Radin Lelong Yeezy Untuk Kutip Dana Bantu ‘Frontliners’ Dan Insan Yang Memerlukan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here