Home All Isu Semasa Ibu Heret Bagasi Lebih 4 Jam Pulang ke Singapura Dengan Berjalan Kaki,...

Ibu Heret Bagasi Lebih 4 Jam Pulang ke Singapura Dengan Berjalan Kaki, Anak Lelaki Jelaskan Hal Sebenar

22110
1
Balik Singapura Jalan Kaki

Ibu Heret Bagasi Lebih 4 Jam Pulang ke Singapura Dengan Berjalan Kaki, Anak Lelaki Jelaskan Hal Sebenar | Tular di media sosial sejak semalam di mana beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berjalan kaki sambil mengheret beg bagasi dipercayai sedang memasuki Singapura.

Ramai yang kagum dengan kecekalan hati seorang isteri yang sanggup berjalan kaki sejauh 2 kilometer ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Kastam Johor Bahru memasuki negara jiran, Singapura.

Perkongsian tersebut dikongsikan sendiri oleh anak lelaki wanita terbabit yang meminta orang ramai mendoakan keselamatan ibunya .

singapura

Wanita tersebut mengambil keputusan pulang ke Singapura untuk menguruskan suaminya yang berusia 80 tahun dan kurang sihat selepas dua minggu berada di rumah anak lelakinya di Johor Bahru.

” Semoga Allah permudahkan perjalanan mak saya dan diberi kekuatan untuk selamat sampai ke Singapura.

” Umur dah nak masuk 66 tahun. Ada masalah sakit kaki dan lutut.

” Dua minggu mak saya datang JB tolong saya jaga baby sebab isteri operation. (Nasib anak sedara temankan beliau)

” Ni dah kena balik Singapore sebab suami dirumah umur 80 tahun pun dah mula sakit, rindu isteri kot, tapi Malaysia PKP so tiada bas, train atau kereta yang boleh masuk.

” So terpaksa jalan kaki dari kastam JB ke Singapore.

” Ini setiap 10-20 tapak akan berhenti rehat

” Saya fikir maghrib baru sampai chop passport kat Singapore.

” Ramai rakyat Singapore kena jalan kaki balik dalam masa PKP ini, even yang mengandung, bersama stroller anak kecil atau orang tua yang wheelchair.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang doakan mak saya. Mak saya tadi baru aje lepas kastam Singapore and dalam…

Posted by Herman Sudil on Sunday, March 29, 2020

Jalan kaki 4 jam dari Kastam JB ke Boon Lay Singapura

Difahamkan wanita tersebut berjalan selama 4 jam bermula dari pukul 5 petang di Kastam Johor Bahru dan sampai di Boon Lay di Singapura kira-kira pukul 9.30 malam.

Anak lelaki wanita tersebut, Herman Sudil memberitahu ibunya datang ke Johor Bahru ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantunya menguruskan anak-anak.

Herman berkata dia terpaksa meminta bantuan ibunya kerana terpaksa menguruskan isteri yang baru menjalani pembedahan di Hospital.

singapura

” Sebagai seorang anak bila saya melihat gambar ibu saya, saya rasa terharu kerana seorang ibu sanggup melakukan apa saja biarpun terpaksa mengorbankan masa rehatnya.

” Biarpun mereka penat sekalipun tetapi untuk untuk keluarga mereka sanggup berbuat apa sahaja.

” Saya yakin dengan viralnya gambar mak saya yang berjalan di causeway itu, bukan hanya mak saya tetapi seluruh wanita sanggup berkorban demi keluarga.

” Nasihat saya kepada anak-anak lelaki, abang-abang dan suami, hargailah bidadari syurga bernama wanita,” katanya.

Beberapa keping gambar wanita tersebut yang berhenti rehat di bahu jalan kerana kepenatan mula tular sejak Ahad.

Menurut Herman, gambar tersebut diambil oleh anak saudaranya yang menemani ibunya pulang ke Singapura pada petang Ahad.

Sejak kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu, rakyat Malaysia tidak dibenarkan memasuki republik tersebut melainkan warganegara Singapura yang mahu pulang ke negara tersebut.

Baca Selanjutnya

Ibu Heret Bagasi Lebih 4 Jam Pulang ke Singapura Dengan Berjalan Kaki, Anak Lelaki Jelaskan Hal Sebenar 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here