Home All Isu Semasa Proton Perdana Di Bangunan Terbiar UK Rupanya Milik Tun M, Di Hantar...

Proton Perdana Di Bangunan Terbiar UK Rupanya Milik Tun M, Di Hantar Untuk R&D

5560
0

Proton Perdana Di Bangunan Terbiar UK Rupanya Milik Tun M, Di Hantar Untuk R&D | Baru-baru ini kami ada melaporkan mengenai satu perkongsian video oleh Youtube Lost Adventure yang telah menemui beberapa buah kereta mewah bersama sebuah Proton Perdana di sebuah bangunan terbiar di Surrey, United Kingdom.

Bangunan berkenaan kemudiannya disahkan merupakan bangunan pejabat dan bengkel kepada syarikat Bristol Cars Limited, syarikat pengeluar kenderaan di UK yang telah dibubarkan pada Mei lalu.

Malah Proton Perdana berkenaan turut hadir dengan  no plat pendaftaran VK 5231 merupakan no pendaftaran kenderaan dari Kuala Lumpur.

BACA JUGA : Selepas 5 Tahun Inilah Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi

Proton Perdana

Semalam portal FMT melaporkan kereta tersebut adalah milik kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hasil dari maklumat yang dikongsikan seorang bekas pegawai beliau di sebuah laman Facebook.

Menurut individu tersebut kereta itu telah dihantar kepada sebuah syarikat Frazer-Nash Research Ltd yang turut dimiliki pemilik Bristol Cars, Kamal Siddiqi di United Kingdom pada 2016 untuk menjalani penyelidikan dan pembangunan(R&D) dalam usaha Tun untuk pembangunan teknologi hibrid.

“Cerita dia bermula pada akhir tahun 2016 bila Tun M pergi ke UK dan ada berbincang dengan Kamal Siddiqi untuk tukar kereta biasa kepada kereta hibrid melalui syarikat R&D milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpengkalan dekat UK.

“Oleh sebab Tun M ini jenis yang suka akan teknologi baru dan tidak mahu kita ketinggalan, atas inisiatif dia sendiri, dia hantar kereta Proton Perdana miliknya sendiri ke sana untuk tujuan R&D (Boleh rujuk surat kat bawah).

Posted by Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad on Tuesday, September 1, 2020

Menerusi perkongsian itu lagi, individu berkenaan bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Proton Perdana 2nd Gen itu telah melalui proses R&D atau pun belum.

Namun menurutnya jika penyelidikan tersebut berjaya Proton akan mampu untuk bersaing dengan jenama terkemuka lain dalam membangunkan teknologi kereta hybrid.

BACA JUGA : Sempena Ulang Tahun ke 35, PROTON Saga Edisi Khas Diperkenalkan!

Proton Perdana Di Bangunan Terbiar UK Rupanya Milik Tun M, Di Hantar Untuk R&D 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here