Home All Isu Semasa Terima Kasih Kepada Projek Solar Mama, 100 Buah Rumah Bakal Diterangi Cahaya...

Terima Kasih Kepada Projek Solar Mama, 100 Buah Rumah Bakal Diterangi Cahaya Di Sabah.

1403
0
cahaya

Terima Kasih Kepada Projek Solar Mama, 100 Buah Rumah Bakal Diterangi Cahaya Di Sabah |Cahaya merupakan salah satu perkara asas yang penting dalam hidup manusia. Tanpa kehadiran cahaya, manusia akan hidup dalam kegelapan.

Malah, mungkin manusia tidak akan dapat bertahan lama kerana penglihatan yang terbatas untuk melakukan sesuatu perkara. Namun, apa yang dilakukan oleh wanita ini wajar menjadi contoh.

Inggai Sungging, seorang wanita biasa yang berusia 55 tahun telah berjaya membantu masyarakat di kampungnya dengan menyalakan sebanyak 100 buah rumah dengan sumber cahaya berasaskan tenaga solar. Wanita yang berasal dari Kampung Paus, Ranau ini sanggup berjauhan dengan keluarga dan mengembara ke India untuk mempelajari kursus kejuruteraan solar selama 5 bulan. OMG!

Untuk pengetahuan anda, Inggai merupakan ‘Solar Mama’ yang keempat di bawah Inisiatif Persatuan Keusahawanan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) melalui Projek Solar Barefoot 3.0. Projek ini menyediakan latihan serta memperkasakan golongan wanita berusia peribumi yang buta huruf untuk memasang dan menyelia kemudahan solar.

Sanggup Kembara Ke India, Tidak Mahu Pendidikan Anak Terhenti Kerana Ketiadaan Cahaya Untuk Belajar

Menurut wanita ini, beliau menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada Projek Solar Barefoot 3.0 ini kerana beliau tidak mahu proses pembelajaran anak-anaknya tersekat gara-gara ketiadaan cahaya di rumah. Tambahnya lagi, beliau hanya menamatkan pelajaran formalnya setakat darjah 5 sahaja dan pernah menangis kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran akibat kekurangan sumber dan kemudahan asas.

projek solar

Semasa menawarkan diri dalam projek tersebut, wanita ini dihantar ke Barefoot College, India untuk mempelajari kursus kejuruteraan solar selama 5 bulan bersama wanita-wanita dari negara lain yang seusia dengannya. Walau pun keputusannya kurang disenangi oleh penduduk kampung kerana risau beliau tidak akan pulang atau terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia, mujurlah ahli keluarganya menyokong niat murni Inggai. Di sana, beliau mempelajari bagaimana untuk mencipta panel solar, cahaya dan litar fotovoltaik.

Inggai menamatkan pengajian sebagai antara pelajar yang teratas daripada 52 orang pelajar yang berasal dari pelbagai negara seperti Bostwana, Mexico, Mesir, Indonesia, Paraguay, Kemboja dan Thailand. Beliau turut menerima sijil kepujian daripada institusi terbabit.

Inggai yang baru sahaja kembali dari India bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk projek solar di kampungnya. Sementara itu, kira-kira 100 buah rumah di Kampung Paus, Ranau bakal diterangi dengan sumber cahaya solar hasil kemahiran yang telah dipelajari wanita ini di India. Ia adalah sesuatu yang menakjubkan memandangkan wanita separa buta huruf ini berupaya untuk belajar memasang, membaiki dan menyelia sistem solar dalam masa 5 bulan sahaja. Terima kasih kepada ‘Solar Mama’ Inggai.

projek solarInggai (dua dari kiri) bersama anak-anaknya. Kredit : The Borneo Post

Bukan itu sahaja, ‘solar mama’ yang mempunyai 12 orang anak dan 22 orang cucu ini juga ingin memperkasakan para wanita di kampungnya untuk menceburi bidang perniagaan terutamanya pembuatan baja organik.

Projek Solar Barefoot Beri Peluang Penduduk Pedalaman Sabah Nikmati Cahaya Dalam Rumah

Projek Solar Barefoot ini disokong oleh CIMB Foundation, kerajaan India, Barefoot College dan Food for the Hungry International Sabah. Inggai merupakan ‘Solar Mama’ yang keempat selepas Tarihing Masanim (2013), diikuti Gining Jaineh dan Rusni Singkamung pada tahun 2015. Ketiga-tiga ‘Solar Mama’ ini telah menerangi lebih 200 buah rumah di perkampungan Kota Marudu dan memberi manfaat kepada lebih 1,100 penduduk kampung.

Ini barulah boleh dikatakan sebagai “See My Level!” Tahniah ‘Solar Mama’ Inggai!

Terima Kasih Kepada Projek Solar Mama, 100 Buah Rumah Bakal Diterangi Cahaya Di Sabah. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here