Home All Kisah Teladan Prof Ni Tunjuk Sijil Peperiksaan Masa Zaman Sekolah. Walau Tak Semua A,...

Prof Ni Tunjuk Sijil Peperiksaan Masa Zaman Sekolah. Walau Tak Semua A, Namun Boleh Berjaya!

3733
1
peperiksaan

Prof Ni Tunjuk Sijil Peperiksaan Masa Zaman Sekolah. Walau Tak Semua A, Namun Boleh Berjaya! | Perkongsian kisah dan pengalaman daripada Prof Madya Dr Midhat Nabil tentang perjalanan menimba ilmu, boleh dijadikan inspirasi buat anak-anak kita yang baru mendapat keputusan PT3 baru-baru ini.

Andai kejayaan yang dicipta, syukur dan tahniah diucapkan. Namun andai sebaliknya, keputusan peperiksaan tidak memuaskan atau biasa-biasa sahaja, jangan putus asa.

Ayuh ikuti perkongsian ini.

Sijil Peperiksaan Masa Zaman Sekolah

Sijil peperiksaan PMR (PT3) saya hanya mendapat 2A sahaja, tetapi Alhamdullilah akhirnya dapat menggenggam PhD

Salam, pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang untuk PT3 semalam. Syabas buat diri anda. Saya pasti ibu bapa anda juga gembira dengan kejayaan tersebut.

Bagi mereka yang tidak memperolehi keputusan yang cemerlang, usahlah bersedih. Perjalanan anda sebenarnya masih jauh lagi. Jadikanlah kegagalan ini sebagai pemangkin untuk kejayaan-kejayaan yang akan datang.

peperiksaanPengalaman saya sendiri dahulu bagi PMR (PT3), saya hanya perolehi 2A sahaja, iaitu untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Subjek Sains saya mendapat B. Manakala untuk subjek Matematik pula, saya mendapat C.

Terus terang saya katakan yang ketika itu saya betul-betul malas untuk belajar sebelum menduduki peperiksaan PMR. Ibu bapa saya berasa sungguh kecewa dengan keputusan PMR saya, kerana mereka telah memberikan yang terbaik di pihak mereka untuk melihat saya berjaya.

Ini termasuklah membeli buku-buku latihan tambahan, menghantar saya ke kursus-kursus motivasi dan juga menghantar saya ke pusat tuisyen.

Tetapi sepanjang menempuh perjalanan-perjalanan akademik yang seterusnya, saya bangkit semula dan belajar dari kesilapan yang lalu. Sehinggalah akhirnya saya berjaya untuk menggenggam PhD dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari sebuah universiti di United Kingdom (UK).

Prof Ni Tunjuk Sijil Peperiksaan Masa Zaman Sekolah. Walau Tak Semua A, Namun Boleh Berjaya! 1

Kepada ibu bapa yang anak mereka tidak memperolehi keputusan yang cemerlang untuk PT3, usahlah bersedih, kerana perjalanan mereka masih jauh lagi. Teruskanlah memberi galakkan dan sokongan kepada mereka. Setiap orang sesungguhnya mempunyai potensi diri yang berbeza.

Jika tidak berjaya pada hari ini, Insya-Allah akan berjaya di kemudian hari. Kepada para pelajar yang bersedih dengan keputusan PT3 anda, bangkitlah semula untuk peperiksaan-peperiksaan berikutnya. Buktikanlah bahawa anda juga sebenarnya boleh menggembirakan hati ibu bapa anda.

YAKIN BOLEH!!!

Nukilan,

Prof. Madya Dr. Midhat Nabil,
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

sumber : Midhat Nabil

Prof Ni Tunjuk Sijil Peperiksaan Masa Zaman Sekolah. Walau Tak Semua A, Namun Boleh Berjaya! 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here