Produk Ilmu Hitam Yang Terlarang Dijual Dalam Talian Secara Terbuka | Sebut sahaja minyak dagu dan minyak pelaris pastinya anda tahu akan fungsinya, bukan? Sebagai seorang yang beragama Islam, anda mesti tahu ia satu perbuatan khurafat dan boleh mengakibatkan akidah terpesong.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang mengatakan produk seperti minyak dagu dan minyak pelaris mula dijual dalam talian. Berikutan itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman mengesahkan hal tersebut selepas menerima laporan daripada orang ramai.
Hebat juga ada orang jual patung pengikat kasih dan minyak dagu gred A+ buatan Siam di Shopee Malaysia.
“Minyak ini dengan izin mampu mengatasi masalah pasangan curang, hubungan dingin, mengorat teman baru, ikat nafsu dan sebagainya”
Seriuslah? 😶 pic.twitter.com/3BFpjj2DAG
— creepyposta 🥶 (@creepyposta) January 28, 2020
Kesedaran Pengguna Tentang Produk Ilmu Hitam Dan Pemantauan Pihak Berkuasa
Justeru itu, hal ini dipandang serius dan tindakan untuk membanteras dan memberi kesedaran kepada pengguna memerlukan campur tangan segera pelbagai pihak penguatkuasaan antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim).
Menerusi pemerhatian kami, ada segelintir peniaga yang menjual produk ilmu hitam atau mistik tersebut sudah tiada dalam carian di platform tersebut apabila aktiviti penjualan mereka kini diketahui pihak berkuasa. Pastinya selepas ini pihak berkuasa perlu memantau etika perniagaan secara berkala untuk mengelakkan penjualan produk ilmu hitam seperti ini.
Perkara ini cukup membimbangkan kerana anda bukan sahaja melakukan khurafat tetapi anda juga boleh tertipu. Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Apa pendapat anda tentang perkara ini?

[…] BACA: Produk Ilmu Hitam Yang Terlarang Dijual Dalam Talian Secara Terbuka […]