Home All Isu Semasa Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

7901
1
Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah memerintahkan arahan ‘lockdown’ di Pulau Luzon selama sebulan bagi membendung wabak COVID-19. Dia turut mengeluarkan arahan kepada polis dan tentera untuk menembak mati sesiapa sahaja yang melanggar perintah ‘lockdown’, lapor Al Jazeera.

“Jangan membahayakan pekerja perubatan, para doktor … kerana itu adalah kesalahan yang serius. Perintah saya kepada polis dan tentera, jika ada yang membuat masalah, dan hidup mereka [pegawai polis dan tentera] berada dalam bahaya ; tembak mati mereka!,” katanya kepada pemberita.

Amaran keras Duterte muncul selepas masyarakat di beberapa buah daerah di Kota Quezon Manila telah melakukan protes di sepanjang jalan raya. Mereka menyatakan ketidakpuasan hati kerana belum menerima apa-apa bantuan makanan sejak perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan lebih dua minggu lalu.

Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Petugas keamanan dan pihak polis telah menasihati mereka untuk kembali ke rumah. Namun ditolak. Polis akhirnya terpaksa menggunakan kekerasan dan menangkap 20 orang.

Rakyat Filipina Protes Kerana Tidak Mendapat Bantuan Makanan Sejak Lockdown

Jocy Lopez, 47, yang memimpin demonstrasi tersebut menyatakan bahawa protes adalah jalan terakhir yang ada kerana mereka tidak mendapat bantuan makanan sejak perintah ini dikuatkuasa.

“Kami di sini mahu meminta bantuan kerana lapar. Kami masih belum diberi makanan, beras, bahan atau wang tunai. Kami tidak mempunyai pekerjaan. Kepada siapa kami perlu mengadu,” katanya sebelum ditangkap polis.

Para aktivis kemanusiaan turut mengecam penangkapan itu dan mendesak pihak kerajaan untuk mempercepatkan bantuan kewangan yang dijanjikan di bawah program perlindungan sosial bernilai 200 bilion peso (RM 17 bilion) bagi membantu rakyat yang miskin dan kehilangan pekerjaan akibat ‘lockdown’.

“Menggunakan kekerasan dan penahanan tidak akan melepaskan rakyat Filipina dari perut kosong yang sehingga hari ini masih dinafikan bantuan wang tunai yang dijanjikan untuk golongan miskin,” kata Gabriela, kumpulan hak asasi wanita.

Wilayah Filipina utara, Luzon, adalah rumah kepada lebih dari 50 juta orang dan telah dikenakan perintah ‘lockdown’ selama sebulan. Jabatan kesihatan di Filipina telah melaporkan 2,311 kes COVID-19 dengan 96 orang di antaranya telah meninggal dunia.

Baca Selanjutnya

Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’ 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here