Home Pengetahuan Potensi Lumayan Tanaman Terung Fertigasi, Anak Muda Kena Ambil Peluang Ni.

Potensi Lumayan Tanaman Terung Fertigasi, Anak Muda Kena Ambil Peluang Ni.

1535
4
Potensi Lumayan Tanaman Terung Fertigasi, Anak Muda Kena Ambil Peluang Ni.

Terung fertigasi boleh ditanam di bawah rumah pelindung hujan (RPH) tanpa jaring kalis serangga atau menggunakan sistem fertigasi terbuka yang terbukti menghasilkan pengeluaran terung yang tinggi pada kos efektif.

Tapak tanaman terung fertigasi mestilah mempunyai sumber air bersih selain air paip. Nilai pH air yang sesuai adalah di antara 5.5 hingga 6.5. Tapak perlu diratakan bagi memastikan pokok menerima aliran air baja yang sama agar pokok mencapai tumbesaran yang seragam.

Penanaman terung fertigasi lazimnya menggunakan varieti terung hybrid berhasil tinggi seperti Ratna dan Nyonya. Biji benih terung perlu disemai dalam dulang semaian dengan 104 plug. Satu biji benih disemai dalam satu lubang dengan peat moss yang dibasahi air digunakan sebagai medium pencambahan.

Terung fertigasi

Sekam padi dan coco peat adalah medium tanaman yang sesuai kerana mudah diperoleh, mesra alam dan murah. Ia diletakkan dalam polibeg dan disusun selari dengan paip pembahagi. Setiap polibeg dilengkapi dengan tiub 1.0 mm yang berfungsi untuk menyalurkan larutan nutrient dari tangki larutan baja.

Penggunaan polibeg hitam bersaiz 16” x 16” dikenalpasti dapat menyokong pertumbuhan batang dan daun terung yang besar. Bagi memudahkan proses pengurusan tanaman, polibeg diletakkan pada jarak 1.5’ di antara satu sama lain dengan jarak batas 5’.

Anak benih Terung fertigasi akan bercambah dalam masa 5 hingga 7 hari. Ia akan dipindahkan ke dalam polibeg ketika berusia dalam lingkungan 18 hingga 21 hari dengan ketinggian mencapai 8 cm hingga 12 cm. Ia ditanam sedalam 3 hingga 5 cm daripada permukaan coco peat.

Sokongan berbentuk pancang diperlukan untuk mengelakkan pokok terbalik semasa berbuah. Pancang boleh dibuat menggunakan buluh, kayu atau besi dengan ketinggian di antara 4’ hingga 5’, berbentuk X atau H dan ditanam sedalam 1.’

Tunas air perlu dicantas dalam tempoh 2 hingga 3 minggu selepas penanaman agar nutrient yang dibekalkan dapat digunakan untuk tumbesaran buah. Tanaman memerlukan larutan nutrient di beberapa peringkat pembesaran dengan sukatan EC di antara 1.8 hingga 2.4.

Larutan baja dengan kepekatan 1.8 μS akan diberikan sehingga usia 3 minggu. Selepas tempoh tersebut, kepekatan baja dinaikkan menjadi 2.0 hingga 2.4 μS sehingga tamat musim penanaman. Semburan foliar seperti high kalium dilakukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

Tanaman berisiko untuk mendapat serangan penyakit dan serangga perosak seperti ulat ratus, ulat pengorek buah, kutu thrips dan lalat buah. Serangan boleh dicegah menerusi penggunaan racun serangga secara bersepadu.

BACA: Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Bakal Berlaku Bulan Ni Antara Ramalan Kesan Wabak Seluruh Dunia

Hasil boleh dipetik dalam tempoh 75 hari dengan purata sehingga 4 kg sepokok.Harga jualan bergantung pada varieti dan gred iaitu di sekitar RM2.50 hingga RM6 sekilogram pada harga ladang.

Pendapatan kasar bagi kawasan seluas 0.8 hektar adalah RM5000 hingga RM10,000 sebulan. Harga jualan terung fertigasi adalah RM10 sepokok.

Bayangkan jika anda mengusahakan terung fertigasi sebanyak 1000 polibeg, anggaran pendapatan boleh mencecah sebanyak RM10,000 semusim.

Tiba masanya anak muda pandang tinggi bidang pertanian ni kerana pertanian dulu tidak sama dengan sekarang, pakai baju kurung dan kasut berkilat pon boleh berkebun.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE terima kasih

SUMBER

Potensi Lumayan Tanaman Terung Fertigasi, Anak Muda Kena Ambil Peluang Ni. 1

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here