Home All Isu Semasa Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Semasa Hari Pertama PKPB

Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Semasa Hari Pertama PKPB

1420
1

Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Semasa Hari Pertama PKPB | Minggu lalu diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula berkuatkuasa bermula hari ini bersamaan 4 Mei 2020.

Pembukaan semula semua sektor ekonomi kini memerlukan orang ramai kembali bekerja semula dengan syarat yang dikenakan.

Penggunaan pengangkutan awam RapidKL juga kembali beroperasi namun terdapat beberapa perubahan yang perlu diikuti. Antaranya pemeriksaan suhu badan, had kemasukan pengguna dalam satu koc tren dan penjarakan sosial.

BACA: Kenderaan Anda Lama Tidak Bergerak, Sila Semak Tip Ini Pastikan Keadaan Kenderaan Anda Selamat

penjarakan sosial penjarakan sosial

Namun, perkara menyedihkan berlaku apabila poster penjarakan sosial yang ditampal di tempat duduk LRT telah dikoyakkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Pihak RapidKL yang kesal dengan tindakan itu telah memuatnaik gambar tersebut di Facebook rasmi mereka.

“Poster Penjarakan Sosial ini ditampal untuk keselamatan. Tolong beri kerjasama dengan kami dan jangan koyakkan. #KitaJagaKita”

penjarakan sosial

Poster tersebut yang ditampal pada kerusi penumpang adalah untuk memastikan adanya jarak yang selamat diantara penumpang. Sekiranya ianya dikoyakkan, penumpang yang lain pastinya tidak dapat mengekalkan arahan yang dikeluarkan.

BACA: Selangor Larang Makan & Minum Di Kedai, Jangan Berangan Nak Melepak!

RapidKL turut meminta orang ramai untuk lebih bertanggungjawab dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Namun, perkongsian mengenai isu ini kemudian dipadamkan daripada Facebook RapidKL selepas beberapa jam dimuatnaik.

Selepas hampir dua bulan kita ikuti arahan PKP, jangan lah kita sia-siakan pengorbanan itu dan jadi lah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Baca Selanjutnya

Poster Penjarakan Sosial Dikoyakkan Pengguna LRT Semasa Hari Pertama PKPB 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here