Home All Isu Semasa 6 Positif Covid-19 Penerbangan KL-Tawau, 3 Pelajar Ingkar Arahan Kuarantin Cetus Kemarahan

6 Positif Covid-19 Penerbangan KL-Tawau, 3 Pelajar Ingkar Arahan Kuarantin Cetus Kemarahan

5078
0
6 Positif Covid-19 Penerbangan KL-Tawau, 3 Pelajar Ingkar Arahan Kuarantin Cetus Kemarahan

6 Positif Covid-19 Penerbangan KL-Tawau, 3 Pelajar Ingkar Arahan Kuarantin Cetus Kemarahan | Sebelum ini, seorang pelajar IPT dari pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah Muallim didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan.

Terbaru, seramai 6 orang lagi positif Covid-19 melalui dua penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau.

Penumpang seramai 396 diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera bagi mengelakkan jangkitan ini merebak kepada ahli keluarga masing-masing.

6 positif Covid-19

Menurut Pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) kawasan Tawau, Dr. Suzalinna Sulaiman 6 daripada 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau didapati positif Covid-19 melalui dua penerbangan berasingan.

Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19.

Daripada jumlah itu seramai 64 adalah pelajar universiti dan 160 adalah orang awam turut berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna. Jadi melalui kedua-dua penerbangan ini enam didapati positif termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun.

Tangkap pelajar tidak kuarantin

 

Sementara itu, tiga pelajar di institusi pengajian tinggi yang kembali ke daerah mereka didapati melanggar perintah kuarantin rumah. Perkara itu diketahui selepas pihak mereka menerima aduan orang ramai serta beberapa bukti yang sah.

Setakat ini kita yang memang sudah ditangkap ada tiga pelajar yang tidak mematuhi arahan peraturan kuarantin di rumah. Jadi memang kita akan buka kes siasatan dan akan lanjutkan untuk pendakwaan untuk proses seterusnya.

BACA: Inilah Cara Pelajar Yang Terkandas Di Kampus Boleh Pulang Semasa Tempoh PKP

Susulan kes tersebut, Dr. Suzalinna Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dalam menyalurkan makluman kepada pihaknya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan kuarantin di rumah.

Terdahulu, pihaknya telah menggerakkan penguatkuasaan petugas kesihatan untuk memantau setiap pelajar yang tiba dari Kuala Lumpur pada 1 dan 5 Mei lalu. Namun ketiga orang pelajar tersebut ingkar dan tindakan bakal diambil.

Cetus kemarahan orang ramai kesan kepada orang lain dalam penerbangan yang sama

penerbangan

Sumber : Astro AwaniBernama

6 Positif Covid-19 Penerbangan KL-Tawau, 3 Pelajar Ingkar Arahan Kuarantin Cetus Kemarahan 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here