Selepas J&T Express, Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri? | Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang shopping online.
Buat anda yang tertanya-tanya di mana barangan anda tidak kunjung tiba, ini mungkin jawapan kepada persoalan anda.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @nunnajmeen mendakwa bahawa perkhidmatan pos dan Pos Laju tidak akan beroperasi di beberapa kawasan zon merah.
POSLAJU DAH TAK HANTAR PARCELS TO THESE RED ZONES
sorry quality gambar Android.
please RT to let others know @adibahnoor @InjangNation@zaimnajwa @bujibu__chempel @hanifjamals @ijaicool @TypicalMsian pic.twitter.com/dXMUN3ycPE
— nun wau nun (@nunnajmeen) April 8, 2020
Penghantaran Pos Malaysia Tersekat Di Lokasi Red Zone
Ini bermaksud parcel anda tidak akan dihantar jika kawasan anda tersenarai dalam kawasan zon merah. Tambahnya lagi, barang yang beliau cuba hantar menggunakan pos laju ditolak kerana poskod penerima berada dalam zon merah.
Beliau mengatakan bahawa senarai ini ditampal oleh pihak pejabat pos semalam. Adakah pejabat pos anda turut tampal notis seperti ini? Walau bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dari pihak Pos Malaysia ketika ini berhubung perkara tersebut.
Jika parcel anda tidak lagi dihantar dan anda berada dalam zon merah, cuba hubungi pihak Pos Malaysia untuk maklumat lanjut di talian 1-300-30-0300 atau di laman sosial Pos Malaysia di Twitter atau Facebook.

[…] BACA: Selepas J&T Express, Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri? […]