Home All Isu Semasa Pos Malaysia Menawarkan Komisen Hingga RM6,000 Sekiranya Anda Membantu Menghantar Bungkusan Semasa...

Pos Malaysia Menawarkan Komisen Hingga RM6,000 Sekiranya Anda Membantu Menghantar Bungkusan Semasa PKP

3675
2
Pos Malaysia Menawarkan Komisen Hingga RM6,000 Sekiranya Anda Membantu Menghantar Bungkusan Semasa PKP

Sekiranya anda kehabisan dana kewangan dan memerlukan sumber pendapatan baru (dan yang paling penting, anda memiliki van), Pos Malaysia ingin anda hubungi mereka. Kenapa?

Oleh kerana faktor PKP maka kebanyakan orang menggunakan perbelanjaan dalam talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan semasa mereka berada di rumah, perkhidmatan pos nasional kami memerlukan sepasang tangan tambahan! Dan mereka juga bersedia membayar anda untuk masa anda (tentu saja la).

Bungkusan yang terlalu banyak dan dalam tempoh PKP ini Pihak Pos telah menerima 2 kali ganda jumlah barangan dari hari keadaan biasa. Jadi memang agak sukar untuk memastikan barangan sampai pada tempoh masa yang sepatutnya kerana kekangan tenaga kerja dan dalam masa yang sama memastikan penjarakan sosial di ikuti.

Pos Malaysia

Peluang Menjana Pendapatan Bersama Pos Malaysia

Sebagai pertukaran untuk masa dan usaha anda, syarikat penghantaran utama ini akan membayar komisen sebanyak RM6,000 kepada anda! Pada masa ini, ejen sambilan dicari di 33 daerah di seluruh Johor, Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

BACA: Selepas J&T Express, Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri?

Untuk membuat permohonan, hantarkan permohonan anda ke [email protected]

Sekiranya anda tinggal di mana-mana negeri ini dan dapat memenuhi semua senarai kriteria, mengapa tidak pergi dan mencuba peluang ini untuk mendapatkan pendapatan tambahan?

Baca Selanjutnya

Pos Malaysia Menawarkan Komisen Hingga RM6,000 Sekiranya Anda Membantu Menghantar Bungkusan Semasa PKP 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here