Home All Isu Semasa Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock

Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock

2330
0
Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock

Sejak semalam tular satu video seorang penunggang motosikal yang ditendang seorang anggota polis ketika membuat pusingan ‘U’ dengan melawan arus dalam cubaan melarikan diri dari menjalani pemeriksaan jalan raya.

Kejadian berkenan difahamkan berlaku di Jalan Temple, Sibu sewaktu polis sedang membuat pemeriksaan mengeut ‘Op Motorsikal’ sekitar jam 12.15 tengah hari.

Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh.

polis

BACA JUGA: Ditegur Polis Ketika Sedang Bergambar, Telatah Lelaki Ini Undang Ketawa Netizen

Video berkenaan yang tular kemudiannya mendapat perhatian Polis Sarawak yang kemudiannya memaklumkan akan menyiasat anggota polis tersebut yang merupakan anggota dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya akam mengambil tindakan tegas terhadap anggota terbabit sekiranya dia didapati bersalah atas perbuatan itu.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan namun tindakan akan diambil jika dia didapati cuai atau bertindak agresif ketika menjalankan tugas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Video ini kemudiannya mencetuskan perdebatan hebat di kalangan netizen, dimana ada yang mempersoalkan tindakan anggota polis berkenaan namun majoritinya dilihat bersetuju dan menyokong tindakan anggota polis terbabit.

Jelas mereka penunngang motorsikal berkenaan seharusnya berhenti sewaktu ditahan, kerana kebiasaannya penjenayah sahaja yang akan melarikan diri dari penguatkuasa.

Dah lama polis berlembut dengan kaki lari roadblock niRamai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock 1

Yang sokong penunggang motor perangai mesti samaRamai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock 2Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock 3

Di Twitter pula, akaun March Forward yang kerap berkongsi topik ketenteranan dan kepolisian menjelaskan video berkenaan sepatutnya tidak menjadi isu besar.

Menurutnya kejadian berkenaan dinamakan ‘Minimum Use of Force’

Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock 4

Jadi apa pendapat anda semua?

SOURCE: FB TWITTER

Ramai Netizen Sokong Tindakan Polis Tendang Motorsikal Lari Roadblock 5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here