Home All Tazkirah Pintu Taubat Sentiasa Terbuka, Tak Bermakna Boleh Ulang Kesilapan Sama

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka, Tak Bermakna Boleh Ulang Kesilapan Sama

741
0
Pintu Taubat Sentiasa Terbuka, Tak Bermakna Boleh Ulang Kesilapan Sama

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka, Tak Bermakna Boleh Ulang Kesilapan Sama | Sesungguhnya setiap manusia tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan. Namun itu tak bermakna kita boleh melakukan kesilapan yang sama berulang kali setelah kita sedar bahawa perkara itu salah dan berdosa.

Tidak dinafikan pintu taubat sentiasa terbuka, tak bermakna mak ayah dapat melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Jika kesilapan yang sama berulang, ini bermakna mak, ayah tidak benar-benar bertaubat dan mengambil pengajaran dalam setiap dosa yang telah dilakukan.

taubat

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami maksudnya tentang erti taubat yang sebenar :

Buat jahat, bertaubat… Buat jahat, bertaubat…

Allah terima ke taubat kita yang mengulangi semula dosa-dosa kita itu?

Allah terima selagimana kita bertaubat kepada-Nya… Tapi ini bukan kunci untuk kita terus melakukan dosa, terus buat jahat, terus buat maksiat… Bagaimana jika ketika kita sedang melakukan dosa itu, nyawa kita diambil Allah SWT?

Kita tidak sempat bertaubat dan kita mati ketika sedang melakukan dosa… Di mana agaknya pengakhiran kita?

BACA: Solat Sunat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang dan Rajin Beribadat

Manusia Yang Tak Sempurna

Kita manusia, kita tak sempurna dan bukti ketidaksempurnaan kita ialah kita akan melakukan kesilapan… Jika kesilapan itu adalah kesilapan pertama, maka ianya boleh diterima akal lagi…

Bagaimana jika kita mengulangi kesilapan yang sama? Sudah tahu perkara tersebut tak boleh buat, tahu sudah benda ini salah, tahu juga sebab pernah buat sebelum ini, tapi tetap buat juga?

Itu tandanya kita tak belajar daripada kesilapan lalu… Itu tandanya kita tak ambil pengajaran daripada apa yang berlaku… Mengulangi kesilapan yang sama itu sebenarnya pilihan kita…

Bertaubat Tapi Tak Insaf

Kita sendiri yang hendak buat salah…

Kita tidak betul-betul insaf… Sebaik-baik orang yang melakukan dosa ialah mereka yang bertaubat dan sebaik-baik taubat itu pula ialah taubat nasuha…

Kita betul-betul meninggalkan perkara tersebut, kita tidak akan ulanginya sampai bila-bila sebab kita tahu benda itu SALAH, kita tahu benda tu BERDOSA…

Pintu taubat tu sentiasa terbuka untuk setiap hamba Allah yang melakukan dosa… Tapi tiada jaminan bahawa kita masih bernyawa walaupun sebentar lagi sekiranya kita menunda-nunda taubat kita…

Jangan bertangguh dalam bertaubat, mak, ayah tidak tahu bila masa ajal akan datang menjemput. Sebaik-baik taubat adalah taubat nasuha. Semoga Allah menerima taubat kita semua. Insyallah.

Sumber: Firdaus Shakirin

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka, Tak Bermakna Boleh Ulang Kesilapan Sama 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here