Home All Dunia Islam Pernah Lihat Pintu Gerbang Mekah? Ini Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu...

Pernah Lihat Pintu Gerbang Mekah? Ini Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentangnya

1771
0
Pintu Gerbang Mekah

Gerbang Mekah atau juga dikenali sebagai Gerbang Al-Quran merupakan sebuah gerbang lengkungan monumental di Makkah al-Mukkarramah jalan dari Jeddah-Jalan Raya Mekah.

Merupakan pintu masuk ke Mekah dan tempat kelahiran Nabi Muhammad saw, gerbang ini menandakan batas haram kota Mekkah yang mana haram dimasuki oleh orang bukan Islam.

Dibina daripada material beton bertulang sebagai bahan bagunan utama, gerbang ini mempunyai kepanjangan 135 hingga 152 meter dan selebar 26 hingga 48 meter.

Dirancang oleh Dia Aziz Dia dan arkitek Samir Elabd, gerbang ini dibangunkan pada tahun 1979 dengan struktur kitab suci di rehal dengan posisi terbuka masih kekal kukuh sehingga kini walaupun sudah 40 tahun dibangunkan.

Pintu Gerbang Mekah

Fakta Menarik Pintu Gerbang Mekah

Dihiasi dengan berbagai pola dan diterangi lampu pada malam hari dengan pelbagai cara yang boleh anda lihat dari jauh, ada beberapa lagi fakta menarik tentang gerbang Mekkah ini, antaranya:

1. Setiap inci sempadan tanah haram kota suci Mekah ini dijaga oleh malaikat.

2. Tiada satu sempadan pun yang terbiar melainkan ada malaikat yang berbaris menjaganya.

Pintu Gerbang Mekah

3. Satu-satunya tempat yang tidak dimasuki Dajjal apabila bermulanya dunia akhir zaman. Anas bin Malik r.a. mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada suatu negeri kecuali akan dimasuki oleh Dajal selain kota Mekah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya.”

“Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turun lah di suatu tanah yang berpasir ( di luar Madinah ) lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah akan mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik (dari Makkah – Madinah) .”

(Riwayat Muslim).

Semoga kita semua diberikan peluang melihat gerbang ini dari posisi dekat.

Sumber: WikipediaMuhammad Ismail Mohd Yusof

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here