Home All Isu Semasa Pilih Jadi Rakyat Biasa, Putera Harry Dikatakan Mulai Menyesal Dalam Diam

Pilih Jadi Rakyat Biasa, Putera Harry Dikatakan Mulai Menyesal Dalam Diam

4480
0

Pilih Jadi Rakyat Biasa, Putera Harry Dikatakan Mulai Menyesal Dalam Diam | Keputusan diambilnya bukan mudah. Sejak kecil sudah terbiasa dalam kehidupan keluarga diraja. Apa saja cerita mengenai keluarga Diraja Britain ini bermula dari nendanya, Ratu Elizebeth, ayahnya Putera Charles yang mempunyai skandal hingga membawa perceraian dengan ibunya.

Puteri Diana yang maut dalam satu kemalangan ngeri hinggalah membawa kepada kisah dua beradik ini, Putera William dan Putera Harry.

Apa saja berita dari Istana Buckmingham pasti menarik minat orang ramai untuk mengetahui kisah yang berlaku.

Namun keputusan Putera Harry menarik diri dari keluarga diraja dan semua gelarannya ditarik kerana mahu menjadi orang biasa selepas mengahwini pelakon Meghan Markle cukup mengejutkan orang ramai di atas keputusan dibuatnya itu.

Putera Harry

BACA:Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk Manapun Tetap Darah Daging Kita

Pernah memberi kenyataan mahu dirinya dan isteri berperanan lebih progresif bagi mendapat lebih ruang dengan membahagikan masa antara United Kingdom dan Amerika Utara, keduanya mengakui merancang menubuhkan pertubuhan amal baharu.

Malah mereka memilih untuk tinggal di Vancouver, Kanada sebelum berpindah ke Los Angeles.

Namun selepas beberapa bulan membuat keputusan mengejutkan itu, dalam diam dikatakan Putera Harry dalam dia menyesali keputusan dibuatnya yakni memilih menjadi rakyat biasa.

Khabar angin bahawa dirinya menderita dalam diam mula tersebar apabila buku ditulis oleh Andy Tillett dan Dylan Howard berjudul Royals At War: The Inside Story of Harry and Meghan’s Shocking Split With the House of Windsor.

Dalam buku tersebut, Tillett dan Howard memaklumkan bahawa Putera Harry menghadapi kesulitan untuk hidup di LA, jauh dari keluarganya di Britain.

Satu sumber kepada The Sun memaklumkan, Harry menderita Cabin Fever.

“Harry mengalami perubahan dari perasaan senang tentang perpindahannya kepada perasan terseksa secara diam-diam,” kata sumber tersebut seperti dilaporkan oleh Daily Express dua hari lalu.

Pilih Jadi Rakyat Biasa, Putera Harry Dikatakan Mulai Menyesal Dalam Diam 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here