Home All Isu Semasa Kit Kat Untuk Petugas Hospital, Ramai Mula Hulur Bantuan.Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Kit Kat Untuk Petugas Hospital, Ramai Mula Hulur Bantuan.Terima Kasih Rakyat Malaysia!

3772
0
petugas hospital

Kit Kat Untuk Petugas Hospital, Ramai Mula Hulur Bantuan.Terima Kasih Rakyat Malaysia! | Semalam ada menulis tidak adakah syarikat-syarikat bermurah hati menhulurkan bantuan makanan atau minuman buat petugas hadapan COVID-19 ini.

Alhamdulillah, walau bukan dari usaha kami (sekadar bertanya sahaja), hari ini Pusat Perubatan Universiti Malaya di fbya mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang membuat sumbangan kepada petugas hospital.

PPUM dalam upacannya turut menulis list-list syarikat yang prihatin menghulurkan bantuan kepada petugas hospital. Ya INILAH MALAYSIA kerana terbukti kita memang Bersatu hati dalam apa saja situasi khususnya dalam menangani situasi wabak COVID-19 yang semakin menggila ini.

Rasa simpati terhadap petugas hadapan hospital yang terpaksa menangani isu COVID-19 ini tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja.

Kit Kat Untuk Petugas Hospital, Ramai Mula Hulur Bantuan.Terima Kasih Rakyat Malaysia! 1

Tengoklah begitu banyak yang menyumbang dan ini buktinya kita adalah rakyat yang bersatu hati.

Terima kasih diucapkan kepada syarikat/jabatan/organisasi yang menyumbang kepada PPUM yang sedang berusaha dalam memberi perkhidmatan perubatan terutamanya bagi kes COVID-19.

Nestle, Mr. DIY, Pharmaniaga, Sekoplas, Baitulmal, McDonald’s, JAWI, TESCO, Allianz Insurance, ITP Company, Sime Darby, YTL Masks dan Nasi Lan Kedah

#ThankYou #StayAtHome #WeGiveTheBestForYou #UMMC

Hantar portable air con untuk Petugas Hospital di Hospital Ampang

Sementara itu, Ustaz Ebit Lew di pagenya turut berkongsi menghantar portable aircon sumbangan Pertubuhan Kasih Umat Islam untuk Hospital Ampang bagi meringankan cuaca panas dirasai petugas hospital barisan hadapan ini.

Tak tahan air mata bila tahu kesusahan mereka. Bila baca kesusahan dan pengorbanan front liner di Hospital Ampang. Terus order aircond portable untuk Hospital Ampang. Syukur dapat pergi hantar sekejap ni.

Tak tahan tengok mereka panas pakai suit macam tu. Panas. Mujahadahnya kerja mereka. Kerja bertambah-tambah. Ramai juga yang dah kuarantin. Ya Allah terimalah sedikit usaha ini buat kami bersatu hati.

Dapat mendengar kesusahan mereka. Beri sedikit kata semangat betapa besar nilai jihad mereka ketika ini. Ya Allah jagakanlah petugas hospital semua ya Allah. Beri kekuatan dan ketabahan pada mereka semua ya Allah.

Terima kasih Dr Ridzuan dan team menerima sumbangan kecil ini. Terima kasih Dato Seri Syed Zainal bagi nombor contact dan kak Dini tadi.

#PertubuhanKasihUmatMalaysia

Kit Kat Untuk Petugas Hospital, Ramai Mula Hulur Bantuan.Terima Kasih Rakyat Malaysia! 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here