Home All Isu Semasa Petani Rasa Ditindas, Orang Tengah Beli Dari Ladang RM4.00 Tetapi Jual Di...

Petani Rasa Ditindas, Orang Tengah Beli Dari Ladang RM4.00 Tetapi Jual Di Pasaraya Besar RM14.50

1488
1
petani

Petani Rasa Ditindas, Orang Tengah Beli Dari Ladang RM4.00 Tetapi Jual Di Pasaraya Besar RM14.50 | Dalam era modenisasi, pertanian tidak lagi harus dianggap sebagai sebuah sektor terkebelakang malah ia seharusnya berdiri sama tinggi dengan sektor-sektor yang lain. Namun, realitinya lebih parah dari apa yang disangka.

Terbaharu, seorang Ahli Lantikan Menteri Majlis Perundingan Belia Negara, Adib Moin mengambil langkah menyuarakan nasib petani yang ditindas dengan konsep orang tengah.

Dalam satu ciapan di laman Twitter milik beliau, Adib telah mempersoalkan sikap double standard oleh pasaraya besar.

“Petik cantik-cantik. Last-last orang tengah beli RM4 ja. Jumpa di Supermarket harga jadi RM14.50,” katanya dalam ciapan mengenai jualan cili yang telah mendapat lebih seribu ciapan balas.

Masalah orang tengah bukan baharu sahaja berlaku. Dari tahun 2016 lagi perkara ini telah dibincangkan dan dirujuk sebagai ‘pulangan yang diraih tidak setanding keringat dan risiko yang mereka tanggung berbanding dengan apa yang diraih orang tengah.’

petani

Malah pada 2015, Jihad Memerangi Orang Tengah (JMOT) telah dilancarkan oleh Program Transformasi Pertanian (ATP) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi membela nasib para petani.

Felo Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian Dan Makanan, Dr Fatimah Mohamed Arshad,  pernah menyatakan bahawa sistem orang tengah yang diamalkan sekarang telah membebankan para petani malah ia adalah sistem korup yang tidak berfungsi secara adil.

Beliau yang bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM) menambah sistem orang tengah telah memerangkap para petani semakin jauh dalam lembah kemiskinan.

Bolehkah sistem orang tengah dibuang dan petani menjual sendiri hasil pertanian mereka?

Jawapannya tidak. Orang tengah adalah seperti hour-glass atau ‘gelas masa’ yang ramping ditengah kata Dr Fatimah, bahagian ramping itu adalah satu-satunya jalan yang boleh dilalui oleh para petani untuk barang dagangan mereka sampai kepada peruncit atau pengguna.

Membunuh sistem orang tengah akan mengakibatkan ketidakstabilan dalam sistem. Orang tengah diperlukan kerana mereka adalah penghubung kepada golongan petani dan juga peruncit atau pengguna.

Membuang mereka mungkin dapat meningkatkan kestabilan ekonomi para petani, tetapi dari sudut yang lebih jauh. Sistem ini akan mengabaikan kualiti produk yang akan dihasilkan oleh para petani apabila mereka pula perlu menjadi penghubung kepada golongan peruncit dan pengguna.

Justeru apa yang perlu dibuang sebenarnya adalah orang tengah yang tamak dan tidak berhati perut. Merekalah golongan yang ‘makan besar’ dan tidak mahu berkongsi.

Koperasi petani perlu berdiri lebih gah lagi jika mahu menafikan hak orang tengah dalam memasarkan produk keluaran mereka sendiri.

Koperasi bukan sahaja perlu bertindak sebagai rumah kepada golongan petani, tetapi mereka juga adalah satu badan yang mempercayai bahawa golongan petani tidak lagi seharusnya dilihat bawah oleh orang yang berada di atas. Nasi yang mereka makan atau sambal tempoyak daun kayu yang mereka hidu adalah hasil daripada titik peluh golongan petani.

Ini bermaksud bahawa golongan petani perlu sudah mula keluar dari kepompongan dan melihat realiti dunia sekarang yang semuanya berada di hujung jari. Mereka perlu belajar untuk menggunakan semua teknologi sedia ada bagi memeriahkan lagi pertanian dan perniagaan mereka.

Petani Rasa Ditindas, Orang Tengah Beli Dari Ladang RM4.00 Tetapi Jual Di Pasaraya Besar RM14.50 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here