Home All Peserta Ijtima’ Tabligh Kes 136 Boleh Didakwa Kerana Enggan Kuarantin Diri Sendiri

Peserta Ijtima’ Tabligh Kes 136 Boleh Didakwa Kerana Enggan Kuarantin Diri Sendiri

4742
0
tabligh

Seorang pemuda 26 tahun yang sedang belajar di Korea Selatan juga dikenal pasti sebagai Kes 136 jangkitan COVID-19 di Malaysia boleh didakwa kerana tidak mengambil langkah untuk kuarantin diri sendiri walaupun menunjukkan simptom demam.

Pemuda itu yang juga bekerja sendiri sebagai agen perjalanan pulang ke Malaysia pada 22 Februari dan dikatakan datang ke program Ijtima’ Tabligh pada 27 Februari.

Dia kemudiannya menunjukkan simptom demam pada 3 Mac, kembali ke luar negara pada 4 Mac, sebelum pulang ke Malaysia.

Kronologi Kes COVID-19 Melalui Ijtima’ Tabligh

tabligh

Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan 16,500 orang telah hadir ke program Ijtima’ Tabligh itu di Masjid Sri Petaling dari 27 Feb hingga 1 Mac. Pemuda itu kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Malah, mangsa yang dijangkiti COVID-19 kerana berhubung terus dengan Kes 136 semasa program itu boleh mengambil tindakan saman sivil terhadapnya kerana mendedahkan mereka kepada jangkitan.

Ini adalah berdasarkan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Peserta Ijtima' Tabligh Kes 136 Boleh Didakwa Kerana Enggan Kuarantin Diri Sendiri 1

Peserta Ijtima' Tabligh Kes 136 Boleh Didakwa Kerana Enggan Kuarantin Diri Sendiri 2

Pemuda kes 136 memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Baru pulang dari negara berisiko
  • Diberi pendedahan secukupnya untuk kuarantin
  • Enggan dan tidak mematuhi arahan kuarantin
  • Keluar ke tempat terbuka dalam tempoh kuarantin sepatutnya masih berjalan

Oleh itu, jika masih ada peserta perhimpunan Ijtima’ Tabligh yang masih belum membuat pemeriksaan, anda sepatutnya datang ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani saringan COVID-19.

Keengganan anda menjalani pemeriksaan bukan sahaja membahayakan nyawa anda malah nyawa orang lain dan ahli keluarga terdekat. Bertindak sekarang, sebelum terlambat.

Peserta Ijtima' Tabligh Kes 136 Boleh Didakwa Kerana Enggan Kuarantin Diri Sendiri 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here